5 Tips Pilih Mentor Sebelum Daftar Ahli Shaklee Supaya Bisnes Kencang



Siapa kat sini yang kalau nak study tu, mesti tengok cikgu atau lecturer. Kalau dapat cikgu atau lecturer yang jenis sporting, even susah macam mana sekalipun subjek tu, terus jadi subjek favorite. 

Tapi kalau dapat lecturer yang kurang sporting, terus malas nak masuk kelas sebab menyampah. 

Mentor ni sama lah lebih kurang macam cikgu. Orang yang bertanggungjawab untuk curahkan segala jenis ilmu yang dia ada supaya kita yang baru awal-awal nak start bisnes ni, tak terkapai-kapai takde tali. Hihi

Awas ya, terlajak perahu boleh undur, tapi terlajak pilih mentor memang tak boleh undur ler. Silap-silap akan buatkan anda give up dan terus decide nak pilih bisnes lain untuk dapatkan side income. Sayanglah sebab bisnes Shaklee ni sangat-sangat berpotensi besar.

Kat bawah ni Yaya share kan 5 tips pilih mentor sebelum daftar ahli Shaklee;



Semua bisnes, even bisnes nasik lemak pun, kalau nak cari mentor mestilah carik seseorang yang dah pernah buat bisnes tu sendiri.

Kalau jenis yang duk pum pang pum pang tapi satu ape pon takde tu, orang macam ni sila tinggalkan jauh-jauh. Sebab belum tentu dia pernah buat apa yang dia bakal ajar tu. 


Ingat tau, asas utama seorang mentor adalah pengalaman dan pengetahuan dalam bidan yang dia usahakan. Bukannya semata-mata berdasarkan modul yang orang lain karang.

Barulah ilmu yang anda bakal dapat nanti bukan sekadar teori, tapi dah terbukti berkesan dan harus dipraktikkan. 

Tahu kenapa pengalaman mentor tu penting? Supaya dia boleh ajar segala ilmu dan supaya anda tak ulang kesilapan sama yang pernah dia buat dulu. 

Lebih jimat masa dan tenaga bukan?


Zaman sekarang, semua orang berlumba-lumba untuk memulakan bisnes sambilan disamping untuk mencari duit sampingan. 

Ada yang jual tudung, jual kuih, jual segala macam jenis gadget dan macam-macam lagi.

Jadi, untuk membezakan bisnes anda dan bisnes orang lain, ilmu marketing tersangatlah penting.

Ramai yang boleh berniaga tanpa kedai mahupun pekerja. Tapi bisnes mereka mungkin tak bertahan lama tanpa ilmu marketing yang betul.

Biasanya, bila anda sudah memutuskan untuk berniaga, sudah tentu anda akan pergi ke pelbagai jenis kelas marketing. 

Masalah timbul seusai kelas tamat dan anda buntu bagaimana mahu memulakan.

Nah, disinilah mentor memainkan peranan yang tak kurang pentingnya. Mentor yang baik dan bagus perlulah bersedia untuk menjawab apa juga persoalan yang anda lontarkan.

Oleh itu, disamping ilmu marketing, mentor yang pakar dalam marketing juga amatlah penting.


Orang yang berbisnes sebenarnya sama dengan orang yang mahu pergi berperang. Mereka perlukan strategi. 

Mereka yang berniaga tersangatlah berbeza dengan mereka yang bekerja dengan makan gaji. Orang yang makan gaji, gajinya telah ditetapkan amaunnya dan pada penghujung bulan, amaun itu yang akan diterimanya.

Namun begitu, mereka yang berbisnes perlukan strategi yang bagus supaya bisnes yang dijalankan membawa keuntungan berlipat ganda. 

Tahu tugasan seorang mentor disini?

Mentor yang baik dan bagus haruslah bijak memberikan strategi yang berkesan. 

Bila strategi mantap, barulah banyak hasil yang boleh dituai, kan?


Satu nilai yang sepatutnya ada dalam diri seorang mentor adalah jujur. Jujur merupakan satu sifat yang tidak dapat dinilai secara luaran. Kalau nak nilai, anda perlulah mendekati orang tersebut dan selami dirinya.

Mulakan dengan berkawan, dan cuba perhatikan jika ada aura-aura positif dan baik yang boleh anda rasakan daripada dia. Jika ada aura baik, tahniah, anda baru sahaja menjumpai mentor yang jujur, insyALLAH. 


Siapa yang boleh tahan jika mentornya adalah seorang yang suka menayangkan kekayaan. Daripada elok-elok nak belajar, terus rasa menyampah kan?

Pernah tengok Angelina Jolie ambik gambar beg-beg tangan dia? Atau koleksi barang-barang kemas dia? Dia pon tak heran dengan kekayaan dia sebab banyak lagi benda yang lagi penting yang dia nak fokuskan.

Mentor yang hebat bukanlah cuma hebat pada luarannya je, tapi hebat dan dihormati kerana ilmu dan pengalaman dia. 

Cuba bayangkan kalau yang tengah berborak dengan anda, berbincang tentang hal bisnes dan cara nak majukan bisnes adalah Steve Jobs. Mesti anda rasa semangat dan excited nak mulakan bisnes kan?

Macam tu jugaklah yang kami rasa dalam iReach family.

Mana nak cari mentor yang sanggup berhabis duit, beli tiket flight, bayar duit minyak dan tol semata-mata untuk memberikan coaching eye to eye dengan anak buah?

Ya, nampak mustahil kan? Tapi itulah yang kami rasakan dalam iReach family. 

Mentor yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan berkongsi resepi kejayaan supaya semua orang sama-sama berjaya naik ke puncak. 

Dan sepanjang saya berada dalam iReach family, mentor kami tak pernah menunjuk-nunjuk kekayaan yang mereka ada. Very humble and down to earth.

Nah, sekarang dah jelas kenapa anda perlu pilih mentor dengan teliti kan? Jangan asal dapat, nanti anda juga yang menyesal dan rugi.

Nak rasakan perasaan berada di bawah mentor under iReach family? Nak sama-sama join kami dan jana pendapatan sampingan? 

Anda boleh terus hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk memulakan bisnes Shaklee anda. 

Bertindak segera, apa tunggu lagi!

Zaqqeya Amin
Id: 1234656
Whatsapp No: 013-7230029


Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat