Cara Hilangkan Masalah Kulit Kusam Supaya Cantik di Hari Raya
Tak lama lagi nak puasa, maksudnya tinggal kurang dari dua bulan nak raya. Adat time raya pulak, selain berlumba nak pergi masjid untuk solat hari raya, ramai jugak yang berlumba untuk post gambar selfie pertama dihari raya dengan kebaya atau baju melayu baru.
Tapi macam mana agaknya nak selfie kalau kulit muka kusam?
Orang nak tengok gambar selfie kita pon tak lalu, kan?
So ada ke tak sebenarnya cara hilangkan kulit kusam ni?
Untuk pengetahuan semua, masalah kulit kusam ni tidak mengenl usia. Muda atau tua, kedua-duanya terdedah dengan masalah kulit kusam.
Cara nak detect anda ada kulit kusam? Mudah je. Cuba anda perhatikan wajah anda didepan cermin lepas dah siap tepek foundation dan bedak. Senang cerita, cuba tengok muka anda sebelum nak keluar rumah.
Orang yang mengalami masalah kulit kusam ni kulitnya akan nampak seperti kurang berseri dan tidak bermaya. Walaupun dia telah siap berbedak dan berlipstick.
Kulit kusam ni jugak akan membuatkan orang ingat kita lebih tua dari usia sebenar. Opsss, orang perempuan ni jangan tak tahu, bab-bab umur ni tersangatlah sensitifnya.
Kalau umur yang diteka tu kurang, tersengih lebar lah. Tapi kalau yang diteka terlebih, boleh berperang rasanya. Hihi.
PUNCA KULIT MUKA KUSAM
Habuk dan Pencemaran -
Mereka yang tinggal di kawasan bandar memiliki risiko yang tinggi untuk memiliki kulit muka yang kusam. Mereka terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran udara contohnya asap kereta, asap rokok, asap kilang dan sebagainya.
Even berkurung dalam rumah macam Rapunzel pun tak menjanjikan kulit muka yang segar tau!
Sebab tu penting sangat regime penjagaan muka. Cuci muka paling kurang pun sehari mesti tak kurang dari dua kali. Ini untuk memastikan kulit muka terhindar daripada memerangkap habuk tadi.
Diet yang Tidak Sihat -
Pernah dengar tak orang putih kata - 'You are what you eat!'
Bersih makanan kita, bersih jugaklah dalaman kita. Tapi kalau yang dihadap hari-hari pun fastfood dan junk food, hmm bayangkanlah. Macam mana nak bersinar kulit muka, kan?
Bukan tak tau yang processed food ni tak elok, dah nafsu makan tu membuak, nak buat macam mana kan? Tapi nak kulit cantik, kena lah berkorban sikit dengan nafsu makan tu.
Kurang Minum Air -
Satu lagi yang semua dah tahu benefit tapi masih gagal nak laksanakan - minum ari secukupnya.
Air yang tidak cukup mengurangkan aliran darah dalam kulit yang akan menyebabkan kulit nampak pucat dan sakit. Kekurangan air dalam badan akan menyukarkan sel-sel untuk membuat kerja. Lama-kelamaan kulit akan cepat kedut dan kendur.
Bayangkan umur baru nak cecah 30an tapi muka kalah nenek umur 60an. Seram kan?
Kalau anda risau dengan kulit muka kusam dan nak pastikan selfie anda cantik berseri di hari raya, cuba amalkan tips yang Yaya kongsikan kat bawah ni.
TIPS ELAK MUKA KUSAM
Tips #1 - Tukar Cara Pemakanan
Kalau anda jenis orang yang tak boleh hidup tanpa fast food mahupun junk food, cuba ubah gaya pemakanan ni. Cuba kurangkan makanan bergula, berminyak dan makanan yang extra masin. Tahu tak, tiga benda ni lah antara penyebab utama kulit kusam.
Nak dapatkan kulit cantik? Yaya cadangkan anda detoks keluar dulu segala jenis toksin yang ada dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang tadi. Bila dah selesai detoks, barulah penyerapan nutrisi akan menjadi lebih mudah.
Nak cara detoks yang betul? Contact je Yaya, nanti Yaya ajarkan.
Silap-silap haribulan, lepas dah ubah cara pemakanan, jangankan kulit makin berseri-seri, berat badan pun boleh berkurang tau!
Tips #2 - Turunkan Berat Badan Jika Obesiti
Obesiti ni sangat-sangat banyak dikaitkan dengan benda yang negatif. Berat berlebihan boleh menyukarkan seseorang untuk dapat anak. Obesiti boleh membuka pintu banyak penyakit.
Jadinya, salah satu cara untuk menghilangkan kulit kusam adalah dengan mengurangkan berat badan sekiranya berlebihan.
Cuba anda lihat mereka yang obese, muka pun nampak macam bengkak kan?
Tapi jangan risau, bila kita dah bersihkan intake pemakanan harian kita, automtically berat badan pun akan turun!
Tips #3 - Ubah Gaya Hidup
Kalau anda seorang yang banyak menghabiskan masa di depan laptop, bekerja di ofis, Yaya sarankan once in a while cuba untuk turun bersenam. Cuba masukkan senaman sebagai satu rutin mingguan.
Selain tu, jangan tidur lambat! Salah satu punca kulit kusam adalah tidur yang tidak teratur. Yelah, kulit kita ni nak diperbaharui time malam tido tu la. Kalau tido pun cuma 4 jam, jangan berangan la nak dapat kulit gebu gebas berseri-seri macam orang yang tidur cukup jam.
Tips #4 - Amalkan Suplemen yang Selamat dan Berkesan
Menurut laman web LiveStrong, untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri dan cantik, kita memerlukan antioksidan untuk memastikan kulit sentiasa awet muda, elakkan jerawat, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolagen pada kulit.
So Yaya nak share, antara suplemen yang tinggi dengan antioksidan adalah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan resveraterol.
Kebanyakkannya memang malas nak telan banyak-banyak vitamin kan? Nak cepat katenye. And takut terlupa kalau banyak.
Jangan risau, Vivix si tonik ajaib tu kan ade.
Vivix mengandungi 13 kali ganda antioksidan berbanding vitamin lain. Sifat utama antioksidan untuk kulit adalah untuk meneutralkan semula kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinaran UV, hormon tak stabil, bakteria dan menghalang penimbunan radikal bebas di dalam badan.
Oleh itu, bagi anda yang malas untuk menelan pelbagai jenis vitamin, Vivix lah suplemen terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam yang anda hadapi. Ini tak lain kerana Vivix mampu membantu melindungi dan membaiki sel kulit dengan efektif.
Apa kata mereka yang dah rasa kesan Vivix?
Bestkan?
Bayangkan kulit wajah yang gebu gebas dan berseri-seri di hari raya yang bakal tiba.
Bayangkan wajah-wajah orang yang akan jeles dengan cahaya wajah anda.
Dan bayangkan masalah kulit kusam yang selama ini menghantui hidup anda pergi buat selamanya.
Seronok bukan?
Jadi jangan berlengah lagi untuk hubungi Yaya di 013-7230029 dan dapatkan konsultasi percuma untuk masalah anda. Jom jangan berlengah untuk lupuskan wajah yang kusam tu!
Comments
Post a Comment