Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

Setiap wanita mesti inginkan hidup yang bebas daripada keputihan, kan? Disebabkan keputihan merupakan perkara normal yang kebiasaanya dihadapi oleh setiap wanita, ia boleh juga membawa kepada penyakit serius. 

Jadinya, jom kita kenali faktor terjadinya keputihan dan petua hilangkan keputihan ketika hamil secara tradisional. 

FAKTOR TERJADINYA KEPUTIHAN

1) Kebersihan – Antara factor yang menyebabkan keputhan adalah dari aspek kebersihan. Kebersihan di bahagian faraj wanita adalah sangat penting. Ibu harus memastikan faraj sentiasa berada di dalam keadaan yang kering bagi mengelakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2) Hormon – Ketidakseimbanga hormone juga boleh menjadi salah satu punca keputihan. Contohnya wanita yang mengalami tekanan emosi cenderung menghasilkan hormon yang tidak seimbang yang boleh menyebabkan masalah keputihan.

3) Gaya Hidup – Gaya hidup seseorang wanita amat mempengaruhi status kesihatan mereka. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat lebih cenderung mendapat penyakit di bahagian faraj.


4) Kesihatan – Untuk pengetahuan, bakteria yang menyebabkan keputihan sangat menggemari gula putih. Oleh itu, wanita yang menghidap penyakit kencing manis amat mudah dijangkiti keputihan disebabkam oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang boleh mengaktifkan pertumbuhan kulat yang banyak.

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Petua #1 - Daun Sireh


Batlephenol dan kavinol yang terkandung dalam daun sireh memiliki kegunaan untuk mematikan kuman, memiliki kandungan antioksidan dan juga antikulat. 

Untuk pengetahuan, orang zaman dulu menggunakan daun sireh ini untuk mengatasi dan merawat keputihan. Betapa berkesannya petua ini sehinggakan kebanyakan feminine wash zaman sekarang menjadikan daun sireh sebagai salah satu bahannya. 

Caranya - Ambil beberapa helai daun sireh, rendam dalam air dan ramas daun tadi. Gunakan air hasil ramasan daun sireh itu dan cuci bahagian vagina. Bukan sahaja daun sireh ni dapat merawat keputihan, malah dapat membantu dalam menghilangkan bau yang tak enak dekat vagina!

Petua #2 - Elakkan Dehidrasi


Ibu hamil diharuskan untuk minum 6-8 gelas air kosong setiap hari. Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, air kosong juga baik untuk buah pinggang ibu hamil. 

Tahu tak, antara punca keputihan yang banyak dan melampau ketika hamil adalah kerana badan kekurangan air. Jadi, dengan memastikan badan sentiasa hidrasi, ibu hamil boleh mengurangkan keputihan yang dialami.

Petua #3 - Lap Faraj Sehingga Kering Selepas Membuang Air


Ingat lagi waktu kita belajar sains zaman sekolah dulu? Ingat kita buat eksperimen rotii dan kulat dulu? Dah memang sifat kulat yang akan tumbuh di tempat-tempat yang lembab. Salah satu sebab keputihan menjadi-jadi adalah kerana kelembapan kawasan tersebut. 

Oleh itu, untuk mengelakkan jangkitan kulat pada bahagian faraj, ibu-ibu hamil haruslah meneglap faraj sehingga kering selepas membuang air kecil supaya kulat tak membiak.

Petua #4 - Kurangkan Makanan Manis


Dah nature ibu hamil ni yang akan mengidam bermacam jenis makanan, termasuklah yang manis-manis. Bagi yang mengalami masalah keputihan, adalah dinasihatkan supaya mengurankan pengambilan makanan manis. 

Ini adalah kerana gula putih adalah makanan kulat. Jadi, semakin banyak makanan manis yang ibu makan, semakin teruklah keputihan.

Petua #5 - Yogurt Asli


Ketika saya mengalami masalah keputihan yang melampau ketika hamil, doktor suruh saya banyakkan pengambilan yogurt asli. Time tu saya tak berapa pasti alasan pengambilan yogurt ni Tapi lepas buat research sikit pasal kebaikan yogurt ni, baru saya tahu yang yogurt asli mengandungi bakteria yang boleh membantu membasmi kulat keputihan.

Tapi make sure yogurt asli yaa. Taknak yang ada gula tuu. Hihi.  

Petua #6 - Banyakkan Makan Bawang Putih

Bawang putih, selain terkenal dengan kepentingannya dalam masakan, ia juga terkenal untuk merawat keputihan. Bawang putih memiliki sifat antibakteria, antikulat dan antivirus yang boleh membantu dalam merawat keputihan.

Tapi sanggup ke kita telan bawang putih macam tu je demi merawat keputihan? Honestly kalau tanya saya memang saya tak sanggup. 

Sebab tu saya pilih Garlic Complex Shaklee. Mudah, ambik tablet, dan segelas air, poofff masalah keputihan saya pun hilang macam tu je. hihi

Baca macam mana Garlic Complex membantu merawat masalah keputihan di entri saya sebelum ni - Bahaya Keputihan Ketika Hamil dan Cara Merawat

NAK CUBA GARLIC COMPLEX?


Jom mudahkan diri tu dengan Garlic Complex. Takyah susah-susah nak amalkan petua yang ambik masa ni. Hihi, sebagai orang yang hidup zaman moden ni, saya memang tak suka sangat buat petua-petua tradisional ni. Renyah sebab banyak sangat step nya. Bagi saya mudah kalau boleh bukak ja botol then ambik tablet dan telan pakai air. Hihi

Yang nak cuba hilangkan masalah keputihan dengan Garlic Complex boleh terus SMS / WA saya di 013-7230029. Saya sediakan konsultasi percuma dan tips-tips mengandung. Hihi

Zaqqeya AminSID 1234656SMS / WA 013-7230029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat