Tips Bercuti di Lost World of Tambun
Yaya ingat lagi, dulu waktu tengah dalam sekolah rendah / sekolah menengah, cuti sekolah memang masa yang Yaya and adik beradik yang lain ternanti-nanti kan.
Mana taknya, cuti sekolah tu lah masa untuk spend time dengan family dekat tempat selain dari rumah, masa untuk spend duit beli key chain yang berlambak untuk disedekahkan dekat kawan-kawan, and masa untuk tidur hotel. Hihi
So bila dah besar ni, kureng sikit lah perasaan excited nak tunggu cuti sekolah tu. Kalau boleh nak berjalan time bukan cuti sekolah sebab tak sanggup nak menghadap jem yang melampau tu.
Nak dijadikan cerita, Yaya memang dah plan nak balik kampung suami hari rabu lepas. Tok umi dengan tok abah dah rindu dekat si bulat tu kan. So balik je lah.
Dan kebiasaannya hari jumaat tu akan balik semula ke Shah Alam.
So pagi tu, tengah nak breakfast tiba-tiba tok umi bagitau yang tok abah ajak ramai-ramai p Tambun untuk mandi manda & bercuti-cuti Malaysia.
Yaya, selaku seorang yang sangatlah noob pasal jalan nih terus komen - "Hah? Perak? Jauhnyee! Macam tak jadikk jee.."
Rupanya, Gua Musang dengan Tambun dalam 2 jam 30 minit je. Alaahh small the matter laa selagi driver nya bukan Yaya. Hihi
Jadi, disebabkan plan tok abah yang tiba-tiba tu, tiba-tiba jugak lah kitorang pon bermandi manda dekat Tambun tu.
Hmm, makin lost aku tengok lost world map ni..
Best sangat tak tipu. Tapi yang tak bestnya Yaya tak dapek nak mandi manda sebab takdok baju.
So, based on my short vacation, Yaya nak kasi tips nak mandi dekat Tambun tu supaya semorang gembira dan puas hati
#1 Baju mandi
Tambun salah satu tempat yang sangat-sangat strict pasal pemakaian. Kalau korang datang pakai tshirt cotton biasa and seluar trek, lupekan lah niat murni nak mandi kat situ.
Memang free free lah korang kena hambat keluar kolam tu!
Baju yang boleh bawak mandi -
So, based on my short vacation, Yaya nak kasi tips nak mandi dekat Tambun tu supaya semorang gembira dan puas hati
#1 Baju mandi
Tambun salah satu tempat yang sangat-sangat strict pasal pemakaian. Kalau korang datang pakai tshirt cotton biasa and seluar trek, lupekan lah niat murni nak mandi kat situ.
Memang free free lah korang kena hambat keluar kolam tu!
Baju yang boleh bawak mandi -
- Baju jersey
- Bikini
- Swimming suits
- Shorts yang macam nak p hawaii tu
Kalau in case korang dah ter pergi Tambun and tak terbawak baju yang sepatutnya dipakai untuk mandi, jangan risau, dalam tu ada kedai untuk korang shoping.
Kitorang dah namanya percutian yang tak dirancang kan, memang sorang pon tak bawak baju-baju yang boleh guna untuk mandi la. So kitorang spend almost 1 jam dekat kedai tu untuk beli baju-baju & pelampung kecik untuk si bulat tu.
Next point..
#2 Check in dekat Lost World of Tambun Hotel
Selain kedudukannya yang strategik and dekat sangat-sangat dengan water park, semua tetamu yang check in dekat hotel ni dapat tiket free untuk masuk hot spring!
Ehh tak murah mane tiket tu, mahal jugak sekeping tiket harga RM40++. Tapi guest hotel Lost World ni dapat tiket free saje! Best ke tak best macam ni?
Kitorang sampai je kat hotel tu dah petang. Nak dekat maghrib macam tu. So lepas dah siap solat & makan malam, geng-geng jejakas & bujang terus p berendam dekat hot spring tu.
Opss suka Yaya nak ingat kan, jangan pulak korang sampai hot spring tu terus buat lompatan ala-ala perenang dunia pulak. Suhu mencecah 40 darjah kot! Rendam-rendam dulu kaki tu baru masuk yee. Hihi
#3 Makanan breakfast
Kalau dah namanya duduk hotel, breakfast lah masa yang Yaya tunggu-tunggu. Sebab boleh makan macam-macam & tak kesah kuantiti banyak mane pon. Sikit ke, banyak ke, terpulang.
Dekat hotel ni, banyak makanan yang dia sediakan. Macam-macam ada. Mee sup, nasik lemak, nasik goreng, koey teow, roti bakar, cereals, semua benda lah.
So bagi Yaya memuaskan lah makanan-makanan yang dia provide.
#4 Nak dapat tiket water park dengan harga diskaun?
Haa yang ni Yaya baru jugak tau. Kalau korang jadik member of anything (yang ada dalam list diorang) korang boleh dapat diskaun harga tiket up to 30%!
Maaf la, yang ni Yaya tak berapa pasti sangat sebab yang handle beli tiket semua suami. Tapi katanya, kalau ada member card AEON, boleh dapat diskaun tu.
#5 Kumpul IC semorang dulu baru Q untuk tiket
Kisahnye suami Yaya volunteer nak belikan tiket untuk semorang. So dia pon berlari lah p beratur untuk tiket while everyone else ada yang masih dalam bilik, ada yang duduk dalam kereta.
Tibe-tibe dia call 'ehh mana semorang ni. Kena ada IC setiap org bru boleh beli tiket! Cepat-cepat'
Maka kami pon bagai lipas kudung lahh naik semula bilik hotel & ambik IC.
Cukuplah dulu tips untuk memudahkan korang bersuka ria kat Tambun. Nanti Yaya share lagi.
Comments
Post a Comment