Cara Elak Ibu MC Kerana Anak Selalu Sakit
Ibu yang bekerja selalunya terpaksa MC kerana anak selalu sakit. Kadang-kadang, nak cerita betapa kerapnya anak tu sakit, sampaikan ibu pun rasa segan nak mintak cuti atau MC.
Nak-nak lagi zaman sekarang ni. Virus A virus B, anak in contact dengan anak orang lain dekat taska and berjangkit demam, and macam-macam lagi lah.
Yaya yakin, ramai ibu-ibu bekerja kat luar sana yang asal masuk office je, mesti teringatkan anak dekat taska. Risau anak makan makanan yang salah. Risau anak jatuh sakit.
Alhamdulillah, Allah takdirkan Yaya untuk jadi full time housewife buat masa ni. So Yaya yang jaga sendiri si bulat tu.
Tapi tak semua bernasib baik macam Yaya. Ada yang terpaksa keluar bekerja untuk menampung keperluan keluarga. Untuk ibu-ibu dalam kategori ni, Yaya salute sangat-sangat sebab mampu manage dua benda dalam satu masa.
KENAPA ANAK SERING JATUH SAKIT?
Kebiasaannya, anak kecil yang mempunyai ibu bapa yang bekerjaya akan dihantar ke rumah pengasuh. Once dah mula hantar ke pengasuh atau tadika, anak kecil memang biasanya akan lebih mudah untuk jatuh sakit.
Yelah, dekat taska atau tadika tu bukan ada anak anda seorang. Ada berpuluh-puluh kanak-kanak daripada keluarga yang berbeza. So tak tahu cara penjagaan kat rumah masing-masing macam mana kan?
Budak ni, cara diorang explore benda lain. Tak sama macam orang dewasa. Diorang explore pakai mulut. Jumpa benda baru, masuk mulut. Tu yang senang nak berjangkit and jatuh sakit tu.
Bila anak tak sihat, sebagai seorang ibu atau bapa, dah semestinya anda tak senang duduk. Panas punggung orang kata. Hati risau nak tinggal anak bawah jagaan sesiapa. Cara lain, anda terpaksa ambil MC. Pernah tak anda sampai berdoa moga-moga penyakit tu dapat kat anda dan bukannya dekat anak-anak?
Ye, Yaya pon macam tu jugak. Tak sampai hati nak tengok anak yang aktif tiba-tiba jadi pasif, tidur dan merengek.
Tapi jangan risau. Setiap masalah tu insyAllah ada penyelesaiannya.
Yaya cadangkan anda mula mempertimbangkan untuk mula memberikan suplemen kepada anak-anak anda. Nutrisi yang cukup akan mengelakkan anak anda daripada kerap jatuh sakit.
SUPPLEMEN UNTUK ANAK YANG SELALU SAKIT
Suplemen bukan ubat. Ianya perlu diambil secara konsisten untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Bukannya ambik bila anak dah sakit yaa. Salah tu.
Sebelum demam atau batuk bermula, anda seharusnya memberikan suplemen kanak-kanak ini secara konsisten.
Set ini terdiri dari 2 suplemen yang penting. Yaya namakan set ni Set Anak Sihat Ibu Tak Perlu MC.
1. Meal Shakes.
Suplemen ini mengandungi 21 jenis vitamin dan mineral yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Anak yang kerap jatuh sakit sebenarnya disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam badan. Jadi, bila anak dapat cukup zat, insyAllah penyakit atau virus pun susah nak menyerang dan anak akan sukar untuk jatuh sakit.
Anak susah jatuh sakit = ibu senang hati = ibu tak payah MC.
Haa seronokkan?
2. Omega Guard
Omega Guard adalah suplemen minyak ikan terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee. Selain penting untuk tumbesaran dan otak yang berkembang, ia juga merupakan anti radang yang membantu mengelakkan selsema dan batuk berkahak.
Kalau anak anda selsema atau batuk berkahak, bagi Omega Guard konsisten sekurang-kurangnya 3 hari.
InsyAllah batuk dan selsema akan berkurangan.
Hati ibu mana yang tak menari kegembiraan bila tahu anak sihat dan aktif sentiasa walaupun tak ada di depan mata. Nak buat kerja pun makin semangat dan produktif.
HUBUNGI YAYA UNTUK DAPATKAN SUPLEMEN
Kenapa kena hubungi Yaya dan jangan main beli semberono?
Sebab Yaya merupakan seorang SID Pro yang akan berikan anda consultation berkaitan dengan masalah anak anda. Bukan setakat masalah anak, masalah anda pun Yaya boleh bantu. Jadi jangan ragu-ragu untuk terus hubungi Yaya dan dapatkan set yang berkaitan dengan masalah anda.
Comments
Post a Comment