Bisnes Online Yang Sesuai Untuk Ibu Bekerja Yang Nak Berhenti Kerja
Tak dinafikan, zaman sekarang yang semua serba serbi perlukan duit, nak berhenti kerja memang tak jatuh dalam salah satu pilihan kita.
Nak-nak bila harga barang sana-sini naik, harga minyak, duit keperluan anak-anak dan sebagainya. Senang cerita, sekarang ni adalah zaman dua-dua pasangan, suami isteri, untuk bekerja.
Tapi sebagai seorang ibu yang sememangnya dikurniakan naluri yang sangat sensitif terhadap anak, Yaya faham sangat kenapa anda terfikir nak berhenti kerja dan duduk di rumah jaga anak sepanjang masa. Tak sanggup nak tengok anak menangis setiap pagi sebab kena tinggal di rumah pengasuh. Hati ibu mana yang tahan.
Tambahan lagi bila dengar bermacam-macam berita tentang cara pengasuh mengasuh anak asuhan. Ada yang diikat tangannya. Ada yang di-tape mulutnya supaya tak menangis. Lagi teruk, ada yang diberi ubat batuk supaya lena bila tengah hari.
Allahurabbi, Yaya sendiri pun seram nak bayangkan.
Sebab kan Yaya ni pun seorang ibu, Yaya faham sangat perasaan anda yang meronta-ronta nak berhenti kerja. Jadi Yaya sarankan anda mula buat pendapatan sampingan semasa bekerja ni. Ala-ala part time work.
Nanti bila pendapatan sampingan ni melebihi gaji anda yang sekarang, barulah anda tak terasa berat nak berhenti kerja, kan?
JOM BERBISNES SHAKLEE
Untuk ibu-ibu yang bekerjaya, bisnes yang Yaya nak cadangkan ni adalah bisnes suplemen Shaklee, bisnes yang mana Yaya sendiri dah mula buat sejak tahun 2016 lagi.
Kenapa Yaya cadangkan anda mulakan bisnes shaklee ni? Haa kejap lagi Yaya senaraikan keistimewaan bisnes ni.
1. Tak Perlu Simpan Stok
Kalau anda dah familiar dengan bisnes, salah satu jenis bisnes online adalah dropship, yang mana anda tak perlu kan modal dan tak perlu simpan stok. Tapi untung anda berdasarkan jumlah yang dah ditetapkan.
Contohnya RM5 untuk setiap helaian tudung yang dijual.
Limited bukan?
Dalam Shaklee, dengan berbekalkan modal sebanyak RM80, anda tidak perlu keluarkan duit untuk membeli stok. Dan pulangan untung yang sangat banyak. Yaya akan ceritakan dekat bawah ni nanti. Teruskan pembacaan ya.
2. Tak Perlu Keluar Jumpa Orang
Bisnes ni tak memerlukan anda untuk allocate masa untuk jumpa orang. Yelah, anda kan bekerja, mana ada masa nak keluar jumpa orang lagi.
3. Buat Secara Online
Anda masih belum bermula sebab anda kurang keyakinan untuk bercakap secara face to face dengan orang? Okay Yaya nak tanya satu soalan - Berapa banyak masa anda habiskan untuk bukak facebook?
Kalau jawapan anda hampir setiap masa, bisnes ni memang sangat sesuai untuk anda.
Menariknya bisnes Shaklee ni sebab ianya boleh dibuat secara online 100%. Saya sendiri menjalankan bisnes Shaklee ni secara online tanpa perlu keluar berjumpa orang hanya dengan menggunakan medium sosial seperti blog ini yang anda sedang baca.
4. Infinity Income
Bisnes Shaklee ni unik kerana pendapatan yang bakal anda capai bergantung kepada berapa yang anda mahu dan sebanyak mana yang anda usahakan.
Contohnya anda mahu income sebanyak 5 angka, usaha pun mestilah kena berbaloi untuk dapatkan 5 angka tu.
Usaha keras, hasil pun banyak! Seronok kan?
5. Untung Dua Hala
Lagi benda bes berbisnes Shaklee ni adalah dari segi keuntungan. Yaya tahu semua yang berbisnes mesti nak untung kan?
Bisnes Shaklee menjanjikan untung dua jenis. Satu untung retail, satu lagi untung bonus yang Shaklee akan bayar setiap pertengahan bulan.
Menarik kan?
BAGAIMANA BISNES SHAKLEE BERJALAN?
Seperti yang Yaya katakan tadi, modal permulaan dalam bisnes Shaklee ini hanyalah RM80 iaitu bayaran pendaftaran keahlian.
Sebaik sahaja anda transfer RM80 tadi, Yaya akan dengan pantasnya masukkan anda dalam group pemasaran yang akan bantu anda bina medium blog dan facebook.
Anda bina sebuah blog, dan hasilkan artikel-artikel yang berkaitan dengan suplemen Shaklee menggunakan cadangan-cadangan yang kami sediakan dalam kumpulan.
Nak tau tak macam mana kami hasilkan jualan dari artikel blog?
Pssst, kalau nak tahu, customer yang datang dari blog ni yang paling mudah nak closed deal tau. Hihi.
Jangan risau, apa yang kami cadangkan ni adalah apa yang kami buat dan terbukti berkesan untuk bantu kami menjana sekurang-kurangnya income 4 angka sebulan dari kerja sampingan.
MAHU DAFTAR BISNES SHAKLEE HARI INI?
Jangan berlengah lagi untuk terus hubungi Yaya dan daftar bisnes hari ini. Anda pun dah tentu tak sabar-sabar nak berhenti kerja dan jaga anak-anak yang tersayang kan?
Comments
Post a Comment