6 Petua Hilangkan Sakit Senggugut Supaya Boleh Say Bye Bye Kepada Pain Killer
Ramai wanita yang takut untuk haid. Pengalaman haid kadang-kadang boleh jadi mengerikan bagi sesetengah wanita.
Kenapa? Sebab takutkan serangan senggugut, mungkin ada diantara mereka yang bersyukur jika tak didatangi haid. Atau mungkin ada yang berdoa supaya haid tak datang. Tapi, masalah lain pulak yang akan jadi kalau period tak teratur atau tersumbat.
Untuk melegakan kesakitan yang dialami, ada sesetengah wanita yang bergantung 100% pada pain killer. Alah kalau pergi dekat farmasi atau kedai-kedai runcit, panadol untuk period pain yang warnanya pink tu. Haa tu lah panadol yang akan ditelan supaya senggugut tu hilang. Tapi tahu tak, ada banyak petua untuk hilangkan sakit senggugut sebenarnya?
PETUA HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT
1. Tuam Dengan Air Panas
Ini merupakan satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan senggugut. Dengan tuaman air panas, otat yang sedang contraction akan menjadi lebih relaks. Otot yang relaks akan mengurangkan kesakitan ketika senggugut.
Caranya - isi air panas ke dalam beg tuaman dan mula menuam. Kalau takde beg tuaman ni, boleh gunakan botol yang sesuai dan isikan dengan air panas. Kemudian golekkan di atas perut yang sakit tadi.
2. Minum Air Suam
Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Air suam bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan peredaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.
Selain tu, air suam pun banyak kelebihan dari segi kesihatan, contohnya dapat membuang toksin dalam badan. Ia juga mampu memberikan tenaga dan mengalakkan anda dariada memakan snek yang tidak berkhasiat.
3. Aktifkan Diri
Saya sendiri merupakan salah seorang wanita yang tergolong dalam mereka yang akan mengalami senggugut ketika haid.
Yang saya perasan, saya akan mengalami senggugut yang lebih teruk sekiranya saya hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang aktiviti berbanding sekiranya saya berjalan-jalan.
Jadinya, yang saya dapat simpulkan, apabila kita duduk diam tanpa sebarang aktivit, minda cenderung untuk mempunyai fikiran negatif. Kesannya ia akan mengakibatkan penghasialn hormon yang tidak seimbang.
So sibukkan lah diri. Aktiviti yang dibuat bukan je dapat membantu menggembirakan hati orang yang tengah sakit, tapi bantu jugak melancarkan peredaran darah dalam badan!
4. Ambil Herba dan Suplemen
Antara herba yang popular adalah halia.
Caranya - ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air sua untuk dijadikan teh. Selamat membasahkan tekak!
Selain halia, teh hijau, air asam jawa, madu dan jus betik juga terkenal dsebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa sakit.
Suplemen cadangan yang boleh diambil bagi mengurangkan senggugut adalah -
- GLA Complex
- Ostematrix
- B-complex
Perincian terhadap setiap vitamin boleh rujuk di entri saya sebelum ni - Cara Rawat Senggugut Supaya Haid Bukan Lagi Mimpi Ngeri
5. Berpantang Makan
Seperti wanita yang baru bersalin, ada beberapa makanan yang perlu dielakkan supaya tidak terkena serangan senggugut.
Makanan yang berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein dan snek yang tidak berkhasiat haruslah dielakkan.
Manakala buah-buahan dan makanan berserat tinggi pula haruslah diperbanyakkan.
6. Amalkan Senaman Rutin
Kaedah rawatan senggugut ini telah dibuktikan efektif oleh kajian saintifik. Menurut hasil kajian Dr Ellen Yankauskas, senaman rutin ini berupaya menghasilkan sejenis bahan kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin yang bertindak untuk melegakan sebarang kesakitan dan tekanan emosi ketika senggugut.
NAK BEBAS SENGGUGUT?
Jom hubungi saya untuk buat tempahan set senggugut anda di 013-7230029
Comments
Post a Comment