Milkbooster Yang Terbaik Untuk Hasilkan Susu Yang Banyak
Pengalaman saya mengandungkan Adam memang manis-manis je. Sebab Adam ni jenis baby yang tak banyak masalah. Saya takde morning sickness, takde penat-penat badan. Pendek kata macam tak pregnant lah waktu tu.
So since mengandung tak banyak masalah, saya harapkan yang sama untuk pengalaman menyusukan Adam.
Tapi banyak sangat momokan momokan yang saya dengar, katanya anak lelaki banyak menyusu. Gerenti tak cukup susu badan nanti.
Saya yang dengar waktu tu, alamak saya kalau boleh taknak campur dengan susu formula.. sebab saya dah baca kepentingan susu ibu tu. Jadi saya pun google, milkbooster yang terbaik untuk hasilkan susu yang banyak. Dan saya jumpa.... Hihi teruskan membaca yaa..
KEPENTINGAN SUSU IBU
Ada yang tanya saya,
"Eh buat apa susah-susah susukan baby? Dah la sakit, nipple crack lagi, kena gigit lagi. Apa yang bestnye?"
Haaa, tu salah tau? Tahu tak susu ibu ni tersangat penting untuk bayi, nak nak yang baru lahir.
Susu ibu membekalkan semua yang diperlukan oleh baby untuk berkembang dengan sihat selama enam bulan pertama hidupnya.
Antara faedah atau kebaikan susu ibu adalah:-
- Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut
- Membantu bayi melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaan. Jadinya dengan susu ibu, bayi akan dapat semua nutrien yang diperlukan oleh untuk membesar dengan sihat disamping dapat perlindungan daripada bakteria jahat!
- Bayi dapat dilindungi daripada sakit perut (gastroenteritis), selsema, jangkitan dada dan jangkitan telinga dengan antibodi yang dibekalkan melalui susu ibu.
- Mempersiap sediakan bayi untuk merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding susu formula, susu ibu mempunyai rasa bergantung kepada apa yang dimakan. Dengan ini, bayi akan kurang cerewet dan memilih makanan apabila sudah bercerai susu nanti.
- Apabila bayi sudah besar sedikit, susu ibu akan menjadi sesuatu yang akan menenangkannya ketika dia sakit dan tak lalu makan. Ia juga akan membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat.
SO, APE YANG SAYA BUAT?
Since saya ni pengguna tegar vitamin-vitamin Shaklee, saya fikir why not saya cuba milkbooster dari produk yang saya sendiri jual.
So nanti bila orang tanya nak beli milkbooster, saya tahu sama ada dia betul-betul berkesan atau tak. Bijak kan? Hoho
Jadi saya amalkan milkbooster Shaklee. Alhamdulillah, saya punya susu memang meriah tahap haw liaw maa. Hehe
Bila Adam menyusu, yang sebelah lagi mesti akan menitik melampau. Patutnya kena tadah dengan apetah botol silikon tu, tapi I iz lazy. Biasenye I tekap je pakai lampin.
Ada sekali tu, saya ambik milkbooster Shaklee ni then minum air kosong yang banyak, few hours lepas tu saya bengkak susu. Tak tahu nak nangis atau gembira dalam kesakitan. Hihi terpaksa saya bangunkan Adam dan paksa dia menyusu.
Selalunya saya ambik, tapi sebelum tidur so tak minum air banyak. Sekarang saya dah tukar jadual intake milkbooster saya ni. Hihi
DUA VITAMIN YANG JADI MILKBOOSTER SAYA
1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
ESP ni adalah minuman soya yang kaya dengan kandungan protein. Uniknya ESP Shaklee ni sebab ia diperbuat daripada 30kg soya dan mengandungi 9 jenis asid amino yang tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan, tapi tersangat penting untuk badan.
Untuk pengetahuan semua, kandungan utama susu ibu adalah PROTEIN. Istimewanya ESP ni, dia ada isoflavones yang boleh bantu merangsang pengeluaran susu badan ibu tau!
Bukan setakat susu je banyak, ESP ni ada kalsium yang boleh kuatkan tulang ibu yang comel dengan baby yang menyusu.
Additional point kalau amalkan ESP - badan cergas dan bertenaga, kulit pun tiba-tiba je gebu. Hihi
5) ALFALFA COMPLEX
Orang zaman dulu bagi makan pokok alfalfa ni dekat binatang peliharaan - kambing & lembu sebab alfalfa ni boleh jadik galactagogue yang boleh menggalakkan produksi susu yang melimpah ruah!
So konsep yang sama, galactagogue ni lah yang akan merangsang produksi susu secara tak langsung susu akan melimpah ruah banjirrrrr. Suka tak suka tak?
Antara fungsi lain Alfalfa ni - perapat ala-ala kacip patimah, menghilangkan keputihan, detox dan menghilangkan bau badan.
PENTING KE MILKBOOSTER?
Untuk mommies yang memang berhajat nak berikan susu ibu selama yang boleh, I would say yes, milkbooster tersangat penting.
Dah baca tadikan kepentingan susu ibu tu. So sebagai seorang ibu kita mesti selagi boleh nak yang terbaik je untuk anak kita, kan? Jadinya amalkanlah pengambilan milkbooster supaya pengalaman menyusu seindah pengalaman mengandung. Hihi
NAK ORDER?
Boleh terus hubungi saya di 013-7230029 untuk sebarang tempahan milkbooster. Jom sama-sama kita beri yang terbaik untuk anak-anak. Saya sediakan tips-tips lain yang saya amalkan khusus untuk saya kongsi dengan customer saya.
Nak tahu? Jadi la customer saya dulu. Hihi
Comments
Post a Comment