Terlampau Penat Punca Tak Dapat Fokus Dalam Kelas? Ni Penyelesaiannya
Pengalaman belajar di universiti boleh jadi salah satu pengalaman yang tak manis untuk dikenang kalau tak kena cara. Yelah, siapa yang tak familiar dengan pengalaman terpaksa tidur lewat untuk siapkan tugasan, bangun pagi pulak kena awal sebab nak cop toilet. Pulak tu terpaksa berebut dengan pelajar lain untuk naik bas ke fakulti.
Bila badan dah penat buat semua tu, memang takde tenaga lagi dah nak fokus belajar dalam kelas. Nak-nak kalau dapat pensyarah yang teknik mengajarnya tak berapa nak menarik. Kesudahannya, pensyarah beriya-iya mengajar kat depan, kita kat belakang dah sampai Australia sebab mengantuk sangat.
Tu satu scenario. Scenario lain pulak, tidur dah cukup lapan jam. Bangun pagi pulak takdelah awal mana. Pergi kelas naik kereta so tak payah nak berasak bertolak dengan student lain semata-mata nak naik bas, tapi asal masuk kelas je terus menguap. Kudapan jangan ceritalah, punya banyak sebab taknak mengantuk.
Tapi masih mengantuk. Macam mana tu? Bila dah mengantuk memang jangan harap la boleh fokus dalam kelas kan? Hoho
APE PUNCA PENAT YANG MELAMPAU TU?
1) Tidak cukup tidur - Tahu tak tidur sangat-sangat mempengaruhi badan seseorang? Setiap hari, seseorang disarankan untuk tidur selama 7-8 jam supaya esok badan kekal bertenaga dan tak penat.
2) Tidak cukup tenaga - Tenaga datangnya daripada makanan dan minuman yang diambil. Tenaga tak cukup boleh jadi disebabkan oleh makan sedikit dan diet yang keterlaluan. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, ia boleh menyebabkan badan jadi terlampau penat dan anda boleh pitam!
3) Tidak ambil sarapan pagi - sarapan pagi merupakan meal yang paling penting. Kalau skip ambik sarapan pagi, otak tak dapat berfungsi dengan betul sebab tak cukup tenaga. Eh, nak fokus pun kena ada tenaga tau!
4) Tekanan emosi - apabila seseorang terlampau tertekan, ia boleh mempengaruhi fizikal. Kalau perasan, orang yang sedang tertekan akan nampak lemah, mood tak stabil dan tak bermaya.
5) Pengambilan kafein yang melampau - Ya, kopi dan pelajar memang tak dapat nak dipisahkan. Lagi-lagi bila deadline nak hantar tugasan dah sangat hampir, memang secawan kopi / nescafe wajib ada berdekatan. Tapi tahu tak pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan degupan jantung bertambah dan tekanan darah meningkat secara tak langsung akan menyebabkan badan lemah. Jadi, kurangkan ketagihan terhadap kafein tu yaa.
6) Dehidrasi - ramai yang memilih untuk tak minum air banyak dengan alasan malas nak ke tandas. Tapi tahu tak, kebanyakan masalah terlalu penat dan lemah adalah disebabkan badan yang kekurangan air? Jadi mulai harini banyakkan minum air kosong ya?
Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah badan yang cepat penat, lesu dan tak bermaya ni mudah je, caranya ialah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Kira tukar gaya hidup la ni.
Kalau dulu selalu makan mee segera dan fast food, sekarang mulalah bertukar kepada makanan yang lebih sihat. Kalau dulu suka duduk terperap dalam bilik je, sekarang mulalah keluar dan buat aktiviti riadah.
Tapi, cakap memang senang, sebagai seorang pelajar, memang agak sukar nak amalkan gaya hidup yang sihat. Jadinya, pengambilan suplemen adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengembalikan tenaga untuk kekal fokus dalam kelas.
Jom tengok apa je suplemen yang boleh bantu selesaikan masalah pelajar universiti ni.
1) Energizing Soy Protein (ESP) -
ESP boleh dijadikan gantian kepada sarapan pagi. Bagi yang selalu miss breakfast atas alasan leceh dan tak sempat sebab nak cepat ke kelas, ESP adalah penyelesaian yang terbaik untuk anda.
Sebabnya, ESP cuma perlukan less than 5 minutes of your time setiap hari untuk shake serbuk ESP dan minum and you are good to go.
Selain cepat dan mudah, ESP juga boleh membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun.
2) Cinch Tea
Cinch Tea adalah minuman yang bertanggungjawab untuk mengurangkan rasa mengantuk ketika buat kerja. Bagi penggemar minuman berkafein yang kononnya boleh mengurangkan mengantuk, Cinch Tea adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan ketagihan kafein, seterusnya boelh mengembalikan tenaga yang terkuras akibat terlampau banyak kafein.
3) Vitalea
Kekangan masa dan wang kadang-kadang memaksa pelajar untuk makan makanan yang tak seimbang. Makanan yang tak seimbang tak mampu membekalkan nutrisi yang sepatutnya untuk badan.
Bila nutrisi tak cukup, badan akan mula rasa penat dan lemah. Oleh itu, pengambilan vitalea yang lengkap dengan 30 nutrisi harian, 12 vitamin dan 7 mineral amatlah digalakkan. Ini penting untuk memenuhi segala lompon-lompong akibat kekurangan nutrisi.
Bila nutrisi cukup, badan pun dah tak penat lagi. Hihi
4) B-complex
Stress yang melampau boleh menyebabkan badan penat. Jadi pengambilan B-complex wajib untuk merangsang hormon serotonin, hormon gembira, supaya badan tak stress. Bila empunya badan gembira, nak buat kerja pun lagi bersemangat, kan?
5) Lecithin
Lecithin mengandungi kolina yang penting untuk meguatkan memori. Badan memerlukan tidur yang cukup untuk mengelakkan penat yang melampau. Tapi macam mana nak cukup kalau malam tu terpaksa pulak ulangkaji semula apa yang dah belajar dalam kelas tadi kan?
Jadinya, dengan pengambilan lecithin yang boleh menguatkan memori seseorang, sekiranya anda fokus ketika belajar dalam kelas, sesi ulangkaji di malam hari takkan ambil masa yang terlampau lama sebab semua yang belajar tadi masih kukuh melekat dalam ingatan ni. Hihi
6) Omega Guard
Pengambilan Omega Guard yang kaya dengan DHA dan EPA mampu memberikan kecerdasan kepada otak pelajar. Bila otak cerdas, secara automatik kita akan fokus dan mudah tangkap apa yang diajarkan dalam kelas.
Sekarang pilihan di tangan anda. Nak keluar dari masalah penat badan yang melampau atau nak ambik action dan cuba semua vitamin yang saya cadangkan. Hihi
NAK CUBA VITAMIN MUDAH FOKUS NI?
Banyak sangat vitamin tak larat nak makan? Itu lah gunanya saya sebagai SID pro anda. Untuk ketahui vitamin mana yang paling sesuai untuk selesaikan masalah anda, boleh terus hubungi saya di 013-7230029. Saya akan guide dan berikan vitamin yang paling sesuai mengikut masalah anda.
Cepat, dah lama nak merasa naik pentas untuk terima anugerah dekan kan? Haa ini mungkin peluang anda untuk banggakan mak dan ayah.
Comments
Post a Comment