Hidung Berdarah, Normal Ke? Ketahui Cara Rawat Masalah Hidung Berdarah

Entri kali ni saya buat sebab tiba-tiba saya rasa ni topik penting yang perlu saya kongsikan. Macam mana saya dapat idea nak tulis pasal hidung berdarah ni? 

Mana taknya, tengah-tengah malam nak closing ni, suami tanya apa vitamin yang boleh bantu rawat masalah hidung berdarah ni. Terus laju je tangan ni nak google, research dan baca kelebihan-kelebihan vitamin yang ada ni.

Kalau nak tau, suami saya salah seorang yang memang terkenal dengan hidung yang cepat sangat berdarah. Sensitif mungkin. 

Penat sangat, darah
Korek hidung terlebih dalam, darah
Perubahan cuaca tetiba panas tetiba sejuk, darah

Nasib baik tengok perempuan cantik tak darah hidung macam dalam komik tu. Hihi

Sebelum kahwin dengan suami, memang saya tak pernah tengok orang yang hidungnya berdarah. Sebab dalam family memang takde yang hidungnya sensitif. 

Tapi bila tengok suami yang sekejap-sekejap kena baring pandang atas, sekejap-sekejap kena sumbat tisu dalam hidung, saya risau. Mana taknya, sekali berdarah hidung, banyak kut tisu yang dia guna. Pulak tu, sehelai tisu bukan setitik dua darah, bertompok-tompok!

JADINYA, APA PUNCA HIDUNG BERDARAH NI?


Hidung berdarah atau nama saintifiknya epistaksis terjadi bila saluran darah halus dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. 

Kadang-kadang, kalau kita korek hidung, pastu macam terkasar atau terdalam sikit, sesetengah orang yang ada hidung sensitif boleh berdarah hidungnya!

Sebabnya, lapisan dalam hidung ni tersangat lembut yang akan mudah pecah dan keluar darah sebab saluran darah yang sangat hampir dengan permukaan.

Jadi punca-punca yang menyebabkan hidung berdarah -
  1. Salur darah hidung yang tersangat sensitif - salur darah ini mudah pecah dan berdarah dalam cuaca panas dan kering
  2. Jangkitan dalam hidung yang disebabkan oleh sinus yang teruk
  3. Selsema dan flu
  4. Alahan kepada kutu habuk, alahan rinitis dan sebagainya
  5. Hidung terhantuk kuat pada sesuatu
  6. Kekurangan vitamin C dan vitamin K dalam badan
  7. Tindak balas terhadap ubat contohnya ubat anti keradangan atau semburan hidung
  8. Tekanan yang keterlaluan – biasanya ketika membuang air besar dan kadang-kadang disebabkan sembelit.

APA YANG KENA BUAT BILA HIDUNG BERDARAH?


Pertama sekali jangan panic! Anda harus berada dalam keadaan yang tenang barulah otak dapat berfikir dengan waras.


Apabila berlakunya pendarahan, kepala haruslah didongakkan ke atas untuk mengelakkan darah turun dan keluar melalui hidung. Cara ni akan mengurangkan jumlah darah yang keluar semasa hidung berdarah.

Kita selalu dengar, letak ais di tempat luka boleh menghentikan darah. Nah, bila hidung berdarah, letakkan ais dikawasan dahi atau penghujung hidung untuk hentikan pendarahan. Hujung hidung yaa, bukan dalam hidung. Hihi

Kalau darah masih tak berhenti, stop semua aktiviti yang anda yenagh buat, dan bergegaslah untuk berjumpa dengan pakar. Takut-takut ada penyakit yang lebih serius pula.

CARA UNTUK TANGANI MASALAH HIDUNG BERDARAH SECARA TIBA-TIBA


Kebanyakan mereka yang mengalami hidung berdarah ni cuma memilih untuk melakukan rawatan fizikal untuk menghentikan darah. Tapi tahu tak, pengambilan vitamin pun penting untuk top up semula nutrient yang tak cukup dalam darah tu?

Macam yang saya dah katakana tadi, kekurangan vitamin C dan vitamin K boleh menjadi salah satu punca yang boleh membawa kepada hidung berdarah.

Oleh itu, untuk atasi masalah hidung berdarah, vitamin yang diperlukan adalah Alfalfa Complex, Vitamin C dan Zinc Complex.

Vitamin C – Kata pun kekurangan vitamin C kan salah satu punca? Jadinya pengambilan vitamin C kira dah tahap wajib lah. Vitamin C ni akan menguatkan saluran darah yang disokong dengan kapilari-kapilari. Kekurangan vitamin C akan membawa kepada gejala skurvi iaitu pendarahan pada hidung, gusi dan lebam-lebam di badan.

So kalau badan tu cepat sangat lebam, tu tandanya badan tak cukup vitamin C.

Alfalfa Complex – alfalfa mengandungi vitamin K yang tersangat penting dalam darah kita. Kenapa penting? Vitamin K ni lah yang akan bekukan darah kalau ada pendarahan pada mana-mana bahagian badan kita.

Kekurangan vitamin K ni akan membuatkan badan kehilangan lagi banyak darah ketika hidung berdarah. Jadi, jangan anggap vitamin K tak penting yaa!

Zinc Complex – zink ni bukan zink atap tu yaa. Zink ni membantu untuk menghasilkan sel-sel baru dalam badan. Bestnya zink ni sebab dia bantu untuk rawat dan baikpulih bahagia yang luka.

So pengambilan Zinc Complex ni akan bantu sembuhkan bahagian lapisan dalam hidung yang terluka tadi tuu.



Untuk kanak-kanak pulak, bergantung pada umur untuk amalkan vitamin kat atas tadi. Untuk bekalkan vitamin C bagi kanak-kanak, boleh ambil vitamin C chewable yang mempunyai fungsi yang sama dengan vitamin C sustained release cumanya dalam bentuk kunyah je dan sesuai untuk kanak-kanak.

Pendarahan hidung ni tak boleh dianggap remeh yaa. Kalau kerap sangat berlaku, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doctor. Takut-takut nanti ingatkan darah biasa, tapi rupanya ada penyakit yang lagi serius. Nauzubillah.

Tapi kalau nak order dan tempah vitamin Alfalfa, Vitamin C dan Zinc Complex, boleh terus hubungi saya.

Kalau tak pasti vitamin apa yang terbaik pun boleh terus hubungi saya. Jangan risau, konsultasi yang saya akan berikan percuma! Khas untuk customer saya je. Hihi

Zaqqeya AminSID 1234656SMS / WA 013-7230029



Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat