5 Tips Awet Muda yang Ramai takTahu
Ramai wanita yang nak muka yang muda walaupun usia semakin meningkat. Takde yang lebih menggembirakan hati gegadis kalau tetibe orang teka umur dia lebih muda daripada yang sebenar. Wajib tersengeh-sengeh sambil usap pipi sendiri. Jangan risau, saya pun macam awak-awak semua jugak. Seronok macam nak terbang bila orang puji kita ni adik padahal kita ni kakak. Teehee.
Sebab tu ramai yang suka kalau dapat kekalkan kulit muka yang tegang & putih.
So dalam kesempatan ni, saya ingin kongsikan 5 tips awet muda supaya setiap kali orang tengok awak je, orang puji awak muda cantik cun melecun. Hihi. tapi sebelum tu, ape tu awet muda?
Apa itu Awet Muda
Awet muda ni boleh didefinisikan sebagai keadaan yang seseorang yang kekal muda walaupun umurnya sudah meningkat. Baik dari segi tenaganya mahupun wajahnya. Best kan kalau kita dah umur baya-baya nenek, tapi bila jalan dengan anak sendiri, orang tegur macam adik beradik. Tu sama ada kita yang muda atau anak kita yang nampak tua. Hihi.
Dah ready nak baca tips-tips awet muda? Hihi, okeh jom kite mulakan!
Tips #1 Amalkan Diet yang Seimbang
Pernah tengok piramid makanan? Ingat lagi apa yang kat atas apa yang kat bawah? Mesti tak ingat kan? Sebab saya sendiri pun tak ingat. Hihi. Takpe, saya attach sekali gambar piramid makanan dekat bawah ni ya.
Haa, nampak tak makanan jenis apa yang ada dekat bawaaah sekali? Semua jenis makanan yang berasaskan bijirin, ubi, roti. Second level dari bawah pulak penuh dengan buah-buahan segar kan?
Untuk tips #1 ni, nak dapatkan kulit yang awet muda senang je, amalkan diet seimbang. Macam mana tu?
Lebihkan makanan yang duduk dekat dua tangga terakhir dan kurangkan makanan yang duduk dekat dua tangga pertama.
Bukanlah tak boleh makan langsung, cuma kurangkan yaa :)
Tau tak apa kesan bila kita amalkan macam ni? Makanan-makanan tadi akan bekalkan badan kita dengan anti oksidan, fiber dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Tips #2 Kekalkan Berat Badan yang Ideal
Selalu tak kita dengar orang yang obesiti tu kebanyakannya terdedah dengan macam-macam jenis penyakit yang berbahaya. Diabetes lah, sakit jantung lah, kolestrol tinggi lah, macam-macam lagi. So apa kaitan berat badan berlebihan dengan awet muda ni? Maksudnya orang yang gemuk ni tak boleh nampak muda ke?
Takk bukan macam tu. Kebiasannya orang obese ni akan terdedah dengan macam-macam penyakit. Muka orang sakit macam mana? Masih merah pink pink gebu gebas ke? Tak kan? Bila badan kita tak sihat, secara automatiknya muka kita nampak lesu, pucat dan tak bermaya.
Bila kita kekalkan berat badan yang ideal, barulah muka kita akan nampak muda. Pernah tengok Angelina Jolie? Tahu tak aktres hollywood tu dah cecah umur 41 tahun? Muka dia dari mula dia berlakon tak berubah kan? Nampak mudaa je sentiasa. Shape badan pun cantik.
Hence, untuk awet muda, make sure kekalkan berat badan yang ideal yaa.
Tips #3 Kekal Hidrasi
Mesti ramai yang tahu tentang kepentingan air dalam badan manusia. Tahu tak air merupakan elemen terbesar dalam badan kita. Hamir 70% kandungan dalam badan kita adalah terdiri daripada air! Sebab tu kita selalu dengar orang pesan sehari sekurang-kurangnya kena minum 2 liter air!
Pernah tak bangun pagi, tengok muka depan cermin tengok-tengok kulit muka kering. Ni lah salah satu kesan dehidrasi yang berterusan, kulit jadi kering dan kedutan dan garis-garis halus pun akan menjadi lebih ketara.
Bila kita kerap minum air, kulit kita akan dihidrasikan dan menjadikan muka nampak segar, muda dan lebih cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit lebih bersinar dan bersih. So lepas ni masing-masing kena banyakkan minum air yaa. Bukan setakat nak bagi kulit cantik je, tapi banyak lagi kesan-kesan positif kalau kita banyakkan minum air.
Tips #4 Lakukan Senaman Selalu
Antara sebab muka nampak kusam, berjerawat dan tak bermaya adalah disebabkan toksin yang berlebihan di dalam badan. Kalau perasan, kulit muka orang yang baru selesai bersenam mesti nampak lebih kemerah-merahan dan lebih segar berbanding dengan kulitnya sebelum bersenam. Toksin ni boleh masuk dalam badan melalui pemakanan, ubat-ubatan, kekurangan air dalam badan dan sebagainya.
Salah satu cara untuk memastikan toksin keluar dari badan adalah melalui peluh. Sebab tu lah bila tengok orang yang baru lepas bersenam, muka dia nampak fresh dan segar!
Tips #5 Bekalkan Nutrisi yang Secukupnya Melalui Supplemen
Antara nutrisi yang sangat penting untuk badan ialah vitamin C. Tapi tahu tak tubuh kita tak boleh nak hasilkan vitamin C sendiri. So kita memang kena carik sumber vitamin C dari luar. Apa kepentingan vitamin C ni? Bila kita semakin meningkat usia, kulit kita akan secara naturalnya kurang kolagen dan nutrisi yang boleh anjalkan kulit. Sebab tu kalau tengok nenek kita, pipi layut je tak anjalkan? Sebab kurang nutrisi lah tu.
Antara nutrisi yang penting untuk memudakan kulit dan organ-organ dalaman ialah vitamin E dan vitamin C dan kolagen.
Vitamin E ni akan membantu untuk mengekalkan air semulajadi yang ada dalam kulit. Minyak dari vitamin ni akan membuatkan kulit yang kusam menjadi lebih bersinar, sihat dan segar. Bila kelembapan kulit kekal, secara tak langsung kulit akan nampak lebih muda!
Vitamin C pulak akan bantu untuk mengekalkan imun badan supaya sentiasa sihat. Badan yang segar dan sihat akan nampak lebih muda dan bertenaga berbanding badan yang sakit, kan?
Apa pulak kolagen tu? Tahu tak badna kita memang ada kolagen semulajadi? Kolagen ni lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kekuatan dan kekenyalan pada kulit dan tisu badan. Tapi bila kita semakin tua, kolagen pun akan semakin berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun dan hampir separuh kolagen dalam badan hilang selepas usia 45-50 tahun. Sebab tu kulit tak anjal tu. So kolagen ni amat penting untuk dijadkan supplement tambahan supaya kadar kolagen dalam badan kekal dan tak berkurangan.
Wujud ke Supplemen untuk Kekal Muda?
Kalau anda seorang yang inginkan supplemen tapi masih mencari-cari supplemen semulajadi, you have come to the right place. Terdapat beberapa cadangan nutrisi untuk kulit daripada Shaklee, antaranya:
Sustained Release Vitamin C - Uniknya vitamin C Shaklee ni adalah disebabkan konsep sustained release nya. Konsep ini membuatkan badan kita sentiasa ada supply vitamin C tu. Takde dekat produk lain yaa. Hihi
Vitamin E Complex - Shaklee memang terkenal dengan konsep semulajadinya. Specialnya vitamin E Shaklee ni sebab dia menggunakan vitamin E yang asli dan bukan sintetik. So memang yang semulajadi je lah si vitamin E ni.
Collagen Powder Shaklee - kolagen ni diekstrak daripada sisik ikan merah. Tahu apa kenapa ikan merah ni famous sangat? Ikan merah ni adalah satu-satunya ikan yang hidup dekat laut dalam.So sisik ikan merah ni sangat kuat menahan tekanan tinggi dan merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak!
Renyah nak ambik banyak vitamin tapi masih nak gunakan Shaklee?
Takyah pening-pening kepala, Shaklee dah faham sangat dengan perangai malas nak ambik vitamin banyak-banyak tu, dan dia keluarkan lagi satu produk untuk bantu masalah semua orang ni. Apa lagi kalau bukan Vivix si produk premium tu.
Kesan vivix lepas 9 hari!
Cuma amalkan satu sudu kecik je setiap hari untuk dapatkan kesan yang sama. Menariknya vivix ni, dia bukan setakat bagi muka yang muda ja, dia bantu jugak betulkan sel-sel dalam badan yang dah rosak tu. Secara tak langsung, vivix dapat menghalang penyakit-penyakit kronik yang disebabkan penuaan tu. Hihi seronok kan kalau boleh kekal sihat sampai ke tua!
Ada orang kata tak berbaloi beli vivix sebab mahal. Sebab harganya yang mahal. Okay jom saya buat kira-kira sikit untuk bagi jelas. Hihi
Harga Vivix Sebotol
RM475
Untuk 30 hidangan (sebulan)
= RM 15.83/hari
Masih rasa mahal? Bayangkan semua kesan-kesan positif yang anda akan dapat dari sebotol vivix dengan harga semurah RM15.83 sehari. Hihi best tak?
Kalau berminat untuk cuba any supplement kecantikan (vita C, Vitamin E Complex, Collagen Powder dan Vivix) boleh laju-laju PM saya ya untuk pesanan. Saya bagi exclusive consultation untuk sama-sama dapat kulit yang diidam-idamkan. Hihi
Comments
Post a Comment