Tips Elak Demam Denggi
Bila fikir balik, macam mana nak elak demam denggi ni? Dah lah virus denggi tu dibawak oleh nyamuk yang super duper kecik. Lagi pulak specific cuma nyamuk aedes je yang akan transport virus ni. Nyamuk lain tak bawak virus macam ni. Lain lah kalau virus H1N1, pembawa dia besar and boleh nampak.
Okay so harini saya nak kongsikan beberapa tips untuk elak demam denggi.
1) Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk
- Nyamuk secara semulajadinya mudah membiak di kawasan yang mudah menakung air seperti tayar terpakai, bekas makanan atau cawan yang terbuang, tong simpanan air dan sebagainya
- Sentiasa memastikan kebersihan di kawasan persekitaran rumah. Semua barangan terpakai yang tidak lagi digunakan perlulah dibuang dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi sarang pembiakan haiwan atau serangga. Lebih-lebih lagi nyamuk.
- Pastikan tempat penyimpanan air sentiasa tertutup dan tiada larva nyamuk. Boleh simpan ubat pembunuh jentik-jentik di rumah jika perlu.
- Salin air bekas lapik pasu bunga setiap hari bagi mengelakkan nyamuk membiak di air takungan tersebut.
2) Melindungi diri daripada gigitan
- Seperti yang telah saya kongsikan di entri saya sebelum ini, nyamuk aedes aktif mencari mangsanya di waktu awal pagi dan lewat petang. Oleh itu hindari daripada berada di kawasan yang terbuka atau diluar rumah pada kedua-dua waktu ini.
- Jika terpaksa keluar ketika dua waktu diatas, pastikan memakai pakaian yang boleh menutupi kesemua anggota badan seperti seluar panjang dan t-shirt berlengan panjang.
- Pernah nampak rumah yang memasang net atau jaringan di pintu dan tingkap? Ya ini adalah salah satu usaha untuk mengelakkan nyamuk masuk dalam rumah pada waktu-waktu tersebut.
- Sebelum tidur, pastikan anda memasang kelambu untuk mencegah gigitan nyamuk.
3) Kurangkan melawat tempat yang berisiko tinggi
- Antara tempat yang berpotensi untuk ada nyamuk aedes ini adalah kebun, hutan, dan taman rekreasi. Oleh itu, elakkan berada di tempat tersebut pada waktu kemuncak. Kalau perlu, sentiasa pakai baju yang berlengan panjang dan berseluar panjang. Nak lagi selamat, pakai pakai baju besi terus. Hihi
4) Mendapatkan rawatan segera apabila megalami simptom-simptom awal denggi
- Once dah notice simptom-simptom denggi ni, cepat-cepat lah berjumpa dengan doktor. Takut kalau biar lama-lama nanti makin teruk pulak.
- Banyakkan minum air kosong untuk elakkan badan daripada dehidrasi.
- Mengambil nutrisi vitamin yang sesuai untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
Jom ketahui simptom-simptom demam denggi
Simptom Demam Denggi
- Demam panas yang berlarutan
- Sakit-sakit sendi
- Najis berwarna hitam
- Sakit kepala yang teramat
- Bintik-bintik merah pada kulit
- Hilang selera makan
Variasi Cadangan Nutrisi Shaklee
Untuk mengatasi demam denggi, Shaklee telah mengeluarkan set denggi yang bertujuan untuk membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
- Performance Drink
- Vivix
- Sustained Release Vita C
- Energizing Soy Protein
- Nutriferon
Boleh baca macam mana supplement ini berfungsi di di entri saya sebelum ini - 6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat
Berminat nak cuba set denggi Shaklee ni? Boleh terus buat belian atas talian dengan menekan gambar kat bawah ni. Link kat bawah ni akan direct anda terus pada website Shaklee dan anda cuma perlu tick je berapa kauntiti vitamin yang ada mahukan. Lepas tu boleh terus contact saya untuk konsultasi pengambilan vitamin ni ya.
Kalau malas nak susah-susah guna website, boleh terus buat tempahan dengan saya dekat 013.723.0029 dan saya yang akan bantu buatkan tempahan yaa.
Comments
Post a Comment