Set Penyusuan Shaklee Pilihan Saya Untuk Susukan Muizz

Hai mommies yang tengah tercari-cari set penyusuan yang paling bagus untuk baby masing-masing. Lumrah kan bila dah jadi ibu-ibu ni, memang otak asyik nak fikir yang terbaik je untuk anak masing-masing. Samalah macam saya. Sebagai first time mommy, saya pun nak yang terbaik untuk anak saya si Adam Muizz tu. So harini saya nak kongsikan pengalaman saya dengan set penyusuan Shaklee.

Sebelum bersalin lagi saya dah tanamkan niat untuk breastfeed si Muizz. Supaya dia dapat nutrient yang bagus dari susu saya. Supaya antibodi dia kuat dan tak cepat jatuh sakit. Kebanyakan pengalaman kawan-kawan yang saya baca, anak yang tak diberi susu ibu tu ada high tendency untuk sentiasa jatuh sakit. Kira sistem imunisasi dia tak berapa kuat la. 

Jadi saya tekadkan dalam hati, Muizz MESTI menyusu dari susu saya. Tak boleh minum susu formula even sikit pun (supaya kalau terkena kencingnya, saya tak perlu basuh lap lap je cukup sebab najis mukhafafah kan. Hihi) Antara sebab yang mendorong saya untuk bagi menyusu badan ialah kakak saya. Saya tengok macam senang jee dia susukan anak dia.

Tak payah susah-susah bawak tin susu, botol air panas, senang cerita takde laa beg-beg susu yang gemuk-gemuk gedempol tu kena kelek kehulu kehilir. Mudah kan? 

So saya pun dah tanam dalam hati. Tapi percaturan Allah tu lagi cantikkan? Mungkin Allah tahu niat saya yang nak bagi exclusive breastfeed dekat Muizz, Allah payahkan dulu permulaan tu. 

Allah uji saya dengan saya yang sememangnya takde skil nak bagi susu ni (anak pertama kan). Lagi Allah uji saya dengan Muizz yang menangis membentak sebab tak sabar nak minum (dah lapar sangat rasanya). Baby kan, memang tak reti latch lagi awal-awal.

Awal-awal lagi susu formula dah masuk dalam badan kecik Muizz tu. So niat saya untuk tak basuh cuma lap-lap je tempat kencing Muizz tak berjaya sebab najis dia dah bertukar jadik najis mutawassitah pulak. Haiyaaa. Tapi Allah masih bagi peluang saya bagi susu yang mula-mula tu, namanya kolostrum. Susu ni memang sikit dan cuma ada untuk beberapa hari lepas baby lahir je. Lepas tu keluar susu biasa pulak. Nanti kita buat entry lain cerita pasal susu yaa.

Muizz kena tahan hospital 3 hari. Lepas tu dah discharge dan boleh balik rumah. Yeyy saya dah tak sabar-sabar nak bagi susu dekat Muizz. Dalam fikiran saya, alahh, bagi susu badan je pun, what can possibly goes wrong kan? It should be this easy (sambil petik jari saya yang bambam ni)

CABARAN MENYUSU SAYA

Nopee, tanggapan saya tu memang 100% SALAH. It's not that easy. Susah sangat-sangat susah. Sampaikan saya hampir-hampir give up dan berserah dengan susu formula (nasib baik suami tak pernah nak beli susu formula. Kuikuikui)

Nak tahu apa cabaran saya yang kononnya susah tu dan hampir buatkan saya give up tu?

  1. Muizz tak nak menyusu dengan saya! Ditolak-tolaknya saya sambil melalak sekuat hati sebab lapar yang teramat.
  2. Saya tak reti pegang budak. Muizz tu lahir-lahir alah cinonet je. Berat pun 2.98kg. Kang saya pegang lebih-lebih kang patah pulak badan dia. Tak berani yaaa.
  3. Nipple crack. Ingat tak tadi saya kata saya berjaya bagi kolostrum dekat Muizz? Sebab cara yang salah, even sekejap pun saya dah kena nipple crack. Sakit yang amat. Bila waktu menyusu je saya rasa berat hati sebab terlampau sakit bila Muizz hisap.
  4. Terpaksa bangun malam untuk bagi susu. Sambil bagi susu sambil tengok papa dia yang tengah sedap berdengkur kan, memang panazzzzzz hati ni. Haha padahal kalau dia bangun pun dia tak boleh nak tolong buat apa-apa pun.
  5. Selalu fikir susu saya tak cukup! Kesian dekat Muizz tak cukup susu, hence asyik nak bagi botol je (awal-awal tu saya pinjam susu kakak yang banyak dalam peti tu. hihi)
Ni je kot antara cabaran saya masa awal-awal penyusuan tu. 

APA YANG SAYA BUAT UNTUK TETAP BAGI SUSU BADAN?

Even banyak cabaran kat atas tu, saya masih ada hati nak bagi susu badan (30% dah mula beralih kepada susu botol). Saya bernasib baik sebab saya pantang dekat rumah Umi. Kebetulan kakak pu  memang duduk sini dan kalau nak tahu kakak saya tu memang penyokong tegar breastfeeding ni. Banyak khasiat katanya. Jadi saya turutkan lah. Hoho

So, apa yang saya buat untuk tetap hati dalam jalan bagi susu ni?

  1. Saya tanya kakak pasal nipple shield, dan mintak tolong suami belikan. Tapi rezeki Muizz, Ayoh Long nya yang belikan. Hadiah kelahiran mungkin. Untuk yang tak tahu, nipple shield ni adalah puting tiruan yang akan kita guna untuk elakkan nipple crack. Tapi saya guna sebab nak mudahkan Muizz latch. Bagi saya masa tu, asalkan susu saya dapat masuk dalam perut anak saya, apa-apa kaedah pon saya layannn.
  2. Umi dan kakak yang terlampau banyak bantu saya. Ajar saya cara nak latch baby, cara yang betul nak pegang baby, dan cara duduk yang betul. Nak kata betapa susahnya pengalaman pertama nak bagi susu badan ni, perasaan saya bila dapat latch kan baby for the first time, masyAllah, kejayaan yang teramat. Rasa macam nak berjoget! Rasa bangga dengan pencapaian sendiri. Hihi
Ni je kot dua benda yang saya buat untuk tetap cekal bagi susu badan.

Ada sekali tu, Muizz meragam taknak tidur sampai pukul 5. Saya bawak masuk bilik Nekmi dan mintak Nekmi tidurkan sekejap sementara saya pun nak melelapkan mata yang tak lelap-lelap lagi. Tiba-tiba pukul 6 dia bangun menangis-nangis nak menyusu. Saya masa tu dengan mengantuk, tak reti latch lagi terus decide nak ambik botol, isi susu dan panaskan je kat bawah.

Bila saya dah naik dengan susu panas dalam botol,saya tengok Muizz tengah menyusu dengan kakak. Patut lah senyap. Minum susu dengan ibu susuan yaaa. Hihi. Kakak tak faham kenapa saya kena turun panaskan susu dalam botol. Tapi sebab dia tengah rushing nak pergi kerja, dia tak tanya lebih-lebih.

Tapi malam tu, teruk saya kena lecture dengan kakak. Kakak kata kalau boleh lepas ni jangan bagi susu botol! Nanti dia jadi nipple confusion blah blah blah dan kata-kata semangat untuk bagi saya naik semangat nak bagi susu direct dari saya sendiri. So ni jugaklah antara sebab kenapa saya cekal hati dalam penyusuan badan dan Alhamdulillah, harini saya boleh tepuk bahu sendiri dan kata - Tahniah Zaqqeya, you've done a great job! hihi.

MILKBOOSTER SAYA?

Alhamdulillah, hari ke 5 macam tu susu saya dah mula meriah (siap banjir tempat tidur. Kui3). Ada pengalaman yang saya baca, hari ke7 pun masih tak ada susu. Ada yang dah dua minggu bersalin pun takde susu. 

Sedih saya dengar. Sebab elok-elok ada niat nak menyusukan anak, tapi sebabkan susu tak keluar, terus niat tu terkubur macam tu je. Hmm.

Milkbooster saya tentulah set penyusuan Shaklee. Ni lah antara vitamin-vitamin yang saya amalkan sebagai milkbooster saya


Sebenarnya, kebanyakan vitamin-vitamin ni saya dah amalkan sejak dari mengandung lagi. Hihi

Alhamdulillah, sekarang penyusuan saya dah jadi lagi mudah. Muizz dah pandai latch dan saya dah pandai pegang baby. Betul kata kaklong saya (kakak ipar saya), by the time habis pantang nanti, saya mesti dah expert bab-bab susu ni. Alhamdulillahh. Hihi

Yang saya nak tekankan, set penyusuan Shaklee ni lah yang bantu saya dan bagi saya keyakinan yang susu saya banyak dan meriah untuk si kecik ni. Alhamdulillah. 

Mommies nak cuba set penyusuan ni? Saya boleh jamin keberkesanannya sebab saya sendiri guna. Hihi.


Zaqqeya Amin
SID 1234656
013.723.0029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat