Tips Untuk Susu Ibu Meriah

Personally, sebagai salah seorang breastfeed mommy, benda yang paaaaaaaling Yaya takut ialah susu drop. Takut sangat. Yelah, kita kalau boleh malas nak keluarkan duit beli susu formula. Nak baby tu lekap dengan kita je, alih-alih susu tak cukup. 

Yaya selalu dengar masalah ibu-ibu yang bekerja. Niat nak susukan baby dah ada. Tapi bila start kerja je mesti supply susu drop. Lama-lama terus decide nak stop tak nak bagi susu badan dah. Terus pergi Giant semata-mata nak beli susu formula. 

Jangan yaa Mommies. Yaya nak bagitau, kalau boleh, seelok-eloknya bagilah susu ibu untuk anak. Sebab susu ibu ni sebaik-baik susu dan susu yang paling sesuai untuk perut anak tu. Lagi, susu ibu boleh kukuhkan sistem imunisasi badan anak. Kan best kalau anak tak mudah jatuh sakit. Kan?

So harini Yaya akan kongsikan makanan dan beberapa tips untuk kekalkan produksi susu kita. Hihi.

MAKANAN YANG MEMBANTU MERIAHKAN PRODUKSI SUSU



Lobak Putih - petua orang tua-tua, lobak putih ni boleh membantu memperbanyakkan susu badan. Sebab tu kalau dalam pantang, antara menu lauk pantang mesti terselit si lobak putih ni. Hihi. Boleh pilih nak buat sup ke, jus ke. Ikutlah kretiviti masing-masing. 

Buah Longan Kering - Caranya, rebus longan kering dengan kurma/kismis/barli. Air rebusan tu diminum. Boleh masukkan sedikit gula merah untuk sedapkan rasa. 

Kurma - Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat - protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium, dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi & boleh membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

Pucuk Betik / Betik Muda - Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah atau sebagai ulam jika dimakan bersama nasi.

Halba / Fenugreek - Caranya, rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Kalau tak tahan, boleh letak dalam masakan seperti sup, kari atau nasi. 

Haa, cubalah makan makanan-makanan kat atas ni. Insyallah, dengan izin Allah susu mesti lagi meriah.

Selain daripada makanan, susu pun akan terhasil dengan banyak kalau kita amalkan petua-petua lain

TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN SUPAYA MELIMPAH RUAH


So Yaya kongsikan 5 tips untuk bantu kekalkan produksi susu yaa.


1) Kerapkan menyusu / pam dengan konsisten!

Ingat kan konsep supply & demand? Bila kerap pam, otak hantar signal, so hormon-hormon yang produce susu pun akan produce susu yang banyak sebab ingatkan tu demand daripada baby.

Jadinya, susukan baby sekurang-kurangnya 3 jam sekali pada waktu siang. Pada waktu malam pula kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Semakin kerap kita kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan perahan dari jam 12 malam hingga 6 pagi sebab ni lah waktu kemuncak penghasilan hormon prolaktin! 


2) Minum air sekurang-kurangnya 3 liter!


Komponen badan kita yang paling besar apa? Ya, air. Kalau air pun tak cukup dalam badan, macam mana susu nak cukup?


3) Jangan skip makan.


Kalau nak hasilkan susu yang berkualiti dan berkhasiat, badan perlukan cukup nutrisi. Kalau skip makan, badan kurang nutrisi, penghasilan susu pun boleh terganggu tau! Lagi teruk, kalau kita biarkan perut masuk angin, baby pon boleh efek!


4) Kekalkan mood ceria


Selalu dengar ibu yang bekerja susah sangat nak maintain susu. Betul tak? Antara punca susu drop adalah disebabkan mood stress yang disebabkan oleh kerja tu. Konsep dia, flow susu cuma akan lancar KALAU kita tenang & ceria. Cuba compare, susukan anak time tengah stress dan susukan anak time tengah relax, yang mana satu baby cepat tidur?

Lagi tips untuk kekal ceria, masa tengah pump tu, cuba bayangkan muka anak. Ataupun tengok wajah anak dekat dalam handphone.  Tau tak, dengan menatap wajah anak tu, insyallah susu yang di pump tu akan banyak jugak.

Kalau memang dah tak boleh sangat nak control stress dan jadi ceria tu, boleh cuba amalkan B-complex Shaklee. Sebab B-complex ni boleh merangsang penghasilan hormon serotonin - hormon 'ceria'


5) Amalkan suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee


Macam yang Yaya kongsikan dalam entri sebelum ni, set penyusuan Shaklee memang boleh membantu boost susu badan berdasarkan daripada pengalaman Yaya sendiri. Nampak kan macam mana Alfalfa Complex & ESP membantu merangsang penghasilan susu yang banyok! Ibu happy si comel pun gembira.



6 suplemen yang melengkapkan set penyusuan Shaklee. Setiap suplemen mempunyai khasiat yang berbeza dan penting dalam misi untuk menjayakan penyusuan. 

1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

ESP ni adalah minuman soya yang kaya dengan kandungan protein. Uniknya ESP Shaklee ni sebab ia diperbuat daripada 30kg soya dan mengandungi 9 jenis asid amino yang tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan, tapi tersangat penting untuk badan.

Untuk pengetahuan semua, kandungan utama susu ibu adalah PROTEIN. Istimewanya ESP ni, dia ada isoflavones yang boleh bantu merangsang pengeluaran susu badan ibu tau!


Bukan setakat susu je banyak, ESP ni ada kalsium yang boleh kuatkan tulang ibu yang comel dengan baby yang menyusu. 

Additional point kalau amalkan ESP - badan cergas dan bertenaga, kulit pun tiba-tiba je gebu. Hihi

2. SUSTAINED RELEASE VITA-C

Pernah tak mommies rasa sakit yang teramat bila baby menyusu akibat dari nipple cracj? Dah la sakit, nak kena hadap sakit tu lama-lama pulak. Siapa yang sanggup kan. Bila dah kena nipple crack, lagi tak bersemangat nak bagi baby menyusu sebab sakit.

Ingat tak konsep supply & demand kat atas tu? Bila lama-lama kita tangguh nak bagi susu, otak hantar signal - Ohh, dah tak perlu susu dah ni. So automatically susu akan drop. Sedih tak?

So here comes the vitamin C. Vitamin C boleh membantu untuk mengelakkan kelenjar susu luka and kalau dah terluka, boleh bantu merawat. Kira vitamin C ni akan bantu mempercepatkan penyembuhan luka dekat nipple tu. 

Additional point - Vitamin C pun penting untuk kulit yang cantik flawless moless. Kalau tak takkan ada yang sanggup pi cucuk vitamin C kat muka. Hihi.

3. VITALEA (IRON FORMULATED MULTIVITAMIN)

Macam yang Yaya kongsikan kat atas tu, nutrisi tersangat penting untuk membekalkan susu yang berkualiti dan berkhasiat. Tapi kalau dah namanya kerja memang terpaksa makan kat luar kan? Tak boleh nak makan masakan sendiri melainkan pagi-pagi tu rajin gigihkan diri ke dapur nak masak untuk bekal.

So macam mana nak make sure badan tak kurang nutrisi? Kat sinilah Vitalea mainkan peranan. 

Vitalea ni merupakan sejenis multivitamin yang akan top-up semua kekurangan nutrisi dalam badan. Jadi tak payah risau susu tak berkhasiat.

4) B COMPLEX

Dah terangkan kat atas tadi, flow susu akan lancar kalau mood gembira. Kalau selalu sangat stress, produksi susu akan terjejas.

So untuk dapatkan hormon gembira tu, makanlah B-complex ni sebab nya b complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin yang boleh buatkan mood kita berubah 100% dari sedih jadi ceria. Hihi.

5) ALFALFA COMPLEX

Orang zaman dulu bagi makan pokok alfalfa ni dekat binatang peliharaan - kambing & lembu sebab alfalfa ni boleh jadik galactagogue yang boleh menggalakkan produksi susu yang melimpah ruah!


So konsep yang sama, galactagogue ni lah yang akan merangsang produksi susu secara tak langsung susu akan melimpah ruah banjirrrrr. Suka tak suka tak?

Antara fungsi lain Alfalfa ni - perapat ala-ala kacip patimah, menghilangkan keputihan, detox dan menghilangkan bau badan.

6) OSTEMATRIX

Kalsium merupakan antara komponen utama susu. Kalau kalsium kurang, susu pun ada tendency untuk kurang jugak. Sebab tu kebanyakan wanita mengalami masalah susu bila nak dekat datang period. Sebab badan perlukan kalsium yang banyak untk gantikan darah yang keluar tu..

Lagi, dalam Ostematrix ni ada magnesium yang boleh bantu kita untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Bila tidur berkualiti, esoknya tak penat sangat nak melayan kerenah anak. Bila tak penat, takde lah stress sebab mengantuk. Hihi.

Berminat?

Boleh terus SMS/Whatsapp Yaya di 013-7230029 untuk tempahan ya. Yaya bagi special consultation khas untuk customer Yaya :*


Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS/Whatsapp 013-7230029




Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat