Bahaya Penyakit Vertigo dan Cara Untuk Mengatasinya

Pernah dengar tentang satu penyakit namanya vertigo? Bukan air minuman Vico ya, tapi vertigo. Ya, saya pun baru pertama kali dengar penyakit ni. Bila sebut nama penyakit ni terus terasa diri seolah-olah pakar segala penyakit sebab bunyi dia sedap. Ala-ala perancis gitu. Jujurnya, masa mula-mula dengar orang cakap pasal penyakit vertigo ni, tak terlintas pun penyakit ni bahaya jugak. Tapi surprisingly, bila saya dah buat kajian, vertigo ni adalah penyakit yang biasa orang kena. Entah-entah kita sendiri pernah kena vertigo tapi kita sendiri tak tahu.. Kan? 

Jadi, harini saya akan kongsikan beberapa bahaya penyakit vertigo yang tak ramai tahu.

Sebelum tu, apa tu Vertigo?

Vertigo adalah sejenis penyakit yang akan menyebabkan individu yang diserang mengalami keadaan pening yang sangat luar biasa. Individu tersebut akan merasakan seolah-olah persekitrannya berpusing dan boleh menyebabkan dia tidak stabil, jatuh atau pitam. 

Takutkan? Pernah tak alami perkara macam kat atas ni? Sebelum ni kita anggap biasa-biasa kan. Tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu kita terkena vertigo. 

Apa Penyebab Vertigo?

Vertigo terjadi apabila terdapat gangguan kepada keseimbangan badan kita. Secara umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak. Sistem keseimbangan ini bertumpu di sekitar mata dan kedua belah telinga. 

Penyakit ini akan menyerang apabila terdapat gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga boleh berlaku disebabkan cecair yang terkumpul atau perubahan tekanan dalam telinga. Lagi menakutkan sebab vertigo ni boleh menyebabkan kita jadi pekak dan tak mampu berdiri dengan betul sebab dah hilang keseimbangan. Huh, ngerikan!

Antara penyebab yang mengakibatkan vertigo adalah:

  • Masalah telinga - Vertigo akan terjadi sekiranya terdapat radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium di saluran semisirkular yang boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Vestibular adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menjaga keseimbangan dalam tubuh. 
  • Terdapat tiga jenis vertigo yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu Benign Paroxysmal Postional Vertigo (BPPV), penyakit meniere dan radang surat saraf vestibular.
  • BPPV terjadi disebabkan pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanngil otolith yangtermendap dibahagian yang tidak sepatutnya.
  • Penyakit Meniere (telinga berdengung & persekitaran seakan-akan berputar) adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, hilang pendengaran dan bunyi dalam telinga.
  • Radang urat saraf vestibular yang disebabkan oleh virus boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan di sekeliling saraf.


Tanda-Tanda Serangan Vertigo

  • Persekitaran seakan-akan berpusing-pusing
  • Merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Penglihatan bertindih
  • Menjadi seorang yang sensitif terhadap cahaya, bunyi dan merasakan sakit kepala.
  • Merasakan kesuakran bernafas dan berpeluh
  • Tubuh terasa berdebar-debar.
  • Telinga terasa berdengung. 
  • Rasa mual dan hendak muntah.
  • Nadi berdenyut dengan cepat.. 

Jadi, Vertigo Ni Bahaya Tak?

Kalau tengok, antara simptom vertigo adalah persekitaran yang berpusing-pusing. Jadi saya tergerak untuk kongsikan beberapa bahaya penyakit vertigo ni.

Bahaya #1 : Boleh Mengancam Nyawa

Apabila penyakit vertigo ini menyerang individu ketika sedang memandu, ia akan menyebabkan pesakit mengalami gangguan konsentrasi. Sekiranya pesakit tidak mengambil inisiatif dengan memberhentikan kenderaan di tepi jalan, ia boleh mengancam nyawa penderita sekaligus orang lain yang memakai jalan tersebut. 

Bahaya #2 : Boleh menyebabkan penyakit lain

Menurut pendapat pakar, vertigo bukanlah termasuk dalah salah satu kategori penyakit tertentu. Namun, gangguan yang menyebabkan vertigo biasanya adalah petanda awal daripada penyakit tertentu yang berhubung dengan otak dan telinga. Kadang-kadang, vertigo boleh menjadi petanda awal kanser otak!

Bahaya #3 : Kehilangan Pendengaran

Salah satu punca gangguan vertigo adalh terdapatnya jangkitan pada bahagian dalam telinga yang boleh mengakibatkan kerosakan. Ia boleh menjadi serius sehingga boleh mengakibatkan individu tersebut hilang pendengaran kekal!

Bahaya #4 : Tidak Dapat Melakukan Aktiviti Harian

Antara risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit vertigo adalah mereka berkemungkinan besar boleh dibuang kerja. Ini adalah kerana serangan ini boleh muncul pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu. 

Cadangan Nutrisi Suplemen Untuk Membantu Mengatasi Penyakit Vertigo

Vertigo ini boleh dikatakan terjadi disebabkan oleh sistem saraf yang kurang berkesan dalam melaksanakan tugasnya dan masalah penuaan yang disebabkan oleh stres oksidatif. Oleh itu, nutrien yang penting untuk membantu pesakit vertigo adalah nutrien yang boleh membantu mengekalkan sistem saraf dan mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh stres oksidatif. Antara rangkaian vitamin Shaklee yang boleh membantu pesakit vertigo adalah:

Vivix 

Vivix merupakan anti-oksida yang terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee. Ia berupaya untuk memulihkan sel-sel dalam badan, melambatkan pembentukan protin AGE yang boleh mengganggu keberkesanan sel dan menguatkan sistem imun bagi melawan penyakit-penyakit lain. 

B-Complex

Uniknya vitamin B-complex daripada Shaklee ini ialah ia lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Antara fungsi B-Complex ini adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah, mencegah terjadinya kerosakan saraf.

Sustained Release Vita-C

Pengambilan vitamin C adalah penting untuk membantu memperbaiki saluran darah dan peredaran darah. Ia bertindak sebagai anti-histamin yang mana akan membantu menentang jangkitan bakteria serta radikal bebas. Ia juga akan meningkatkan sistem imun di mana ia akan membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

Vitalea Iron Formula

Ia adalah multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapkan nutrisi yang kurang.

Lecithin

Antara kandungan yang terdapat dalam Lecithin ini ialah Kolin dan Asetikolina. Kolin adalah satu komponen neurotransmitter manakala Asetikolina pula membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf. Kandungan Asetikolina ini adalah penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya. Ia juga merupakan neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya tidak cukup, maka fungsi-fungsi ini tidak dapat dilakukan. 

Ostematrix

Ostematrix ini mampu membantu peredaran darah dan denyutan jantung. Ia penting untuk menstabilkan transmisi impuls saraf. 

Testimoni Pesakit Vertigo Dengan Shaklee

Testimoni #1: 

Mak dia dah lama vetigo. Dah macam-macam cara guna. Lastly cuba vivix. Alhamdulillah lepas 3 botol mak dia sembuh dari vertigo.


Testimoni #2:

Suami ada vertigo sehingga mengganggu saraf pendengaran kembali sihat dengan vivix.


Testimoni #3 :

Sejak suami makan vivix, penyakit vertigo dah tak ada. Tak sampai sebotol dah tak rasa dah.


Anda ada mengalami simptom macam kat atas tu? Awas! Itu mungkin vertigo. Berminat nak merawat dengan set vertigo Shaklee? Boleh SMS/Whatsapp saya di 013.723.0029. Saya akan berikan konsultasi percuma kepada anda.

Zaqqeya AminSID 1234656SMS/Whatsapp 013-7230029



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat