10 Tips Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi dan Selamat

Parut jerawat yang tertinggal dekat muka memang boleh mematahkan mood seseorang untuk keluar. Bukan tu je, nak berjumpa dengan orang secara berdepan pun tak konfiden. Tapi macam kata-kata mat saleh tu, life must go on. Takkan sebabkan parut jerawat, kita nak kurung diri dalam bilik tak keluar rumah sampai bila-bila kan?

Jadinya, untuk atasi masalah parut jerawat yang boleh menyebabkan kemurungan ni, apa kata kita cuba amalkan tips hilangkan parut jerawat ni? Dah la semulajadi, insyallah selamat pulak tu. Hihi

TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT 

Tips #1 - Aloe Vera atau Lidah Buaya


Perasan tak, kebanyakan produk-produk kecantikan kat luar tu mesti jadika aloe vera sebagai salah satu ramuan utama dalam produk mereka? Haaa jangan tak tahu, aloe vera ni kaya dengan vitamin semulajadi yang boleh membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur

Sifat aloe vera yang lembut ni membuatkan susah nak overdose kalau letak banyak-banyak pon. Cukup sikit je. Patahkan daun lidah buaya ni, then sapukan dekat muka secara menyeluruh. 

Nak efek yang lagi best, gunakan aloe vera semulajadi, bukan yang dah diproses atau diekstrak tu tau!

Tips #2 -  Timun


Selalu tak nampak produk yang berasaskan timun? Haa mesti ramai yang dah tahu khasiat timun yang banyak ni kan? Kalau tengok cerita orang putih tu, kalau buat spa, mesti ditepeknya timun dekat bahagian mata. Hihi



Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi. No wonder lah depa selalu tepek kat mata. Selain kadar air dia, timun jugak mengandungi vitamin A, vitamin C dan magnesium yang tak syak lagi memang terbaik untuk kulit.

Selain murah untuk didapati, timun mempunyai banyak khasiat antaranya :-

  • Menegangkan kulit 
  • Mengurangkan garis-garis halus di wajah
  • Mengurangkan eye-bag
  • Mencerah kulit
  • Memperbaiki sel-sel kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Antioksida


Caranya - hiris timus segar, tepekkan pada kulit yang ada parut. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air bersih.

Tips #3 - Madu


Semanis rasanya, madu pun boleh bagi kenangan manis dengan muka yang bebas parut. Tahu tak, madu digelar sebagai raja segala makanan? Untuk make sure petua hilangkan parut guna madu, kena pastikan madu yang digunakan adalah madu asli. Kalau tak memang tak jadi lah.

Kebanyakan madu kat pasaran tu semua dah diproses. Jadi, masuklah hutan atau taman ternak lebah untuk ambik madu asli ya.

Caranya - ambik sedikit madu asli dan urutkan ke kulit muka. Jangan banyak, sebab madu liar ni panas. Tak payah bilas.

Tips #4 - Lemon


Tahu tak, untuk kulit yang berparut, asid AHA sangat diperlukan untuk membantu merawat dan menghilangkan parut? Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh dan seterusnya menghilangkan jerawat.

Caranya - perah sedikit jus lemon dalam mangkuk, gunakan kapas dan sapu ke muka. Biarkan kering. Tapi kalau kulit muka jenis yang sensitif, cairkan perahan jus lemon tadi dengan air sejuk.



Tips #5 - Bedak sejuk


Antara punca jerawat naik adalah disebabkan kulit berminyak. Jadinya bedak sejuk ni akan bertanggungjawab untuk menyerap semua lebihan minyak yang ada di atas permukaan kulit, dan seterusnya mengurangkan jerawat yang menjadi punca kepada kulit muka berparut.


Caranya - tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat dan lumur serta urut campuran tadi ke serata kulit muka dan dibawa tidur. Esoknya basuh dengan air sejuk.

Tips #6 - Air Tebu


Seperti lemon tadi, air tebu juga mengandungi sejenis asid AHA iaitu asid glycolic yang membantu menghilangkan sel-sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya - campur dua bahagian tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer.

Tips #7 - Hirisan Tomato


Tomato terkenal dengan sifatnya yang kaya dengan vitamin C dan vitamin A. Ia juga mengandungi anti oksida yang tinggi.Tomato juga dapat mencerah dan melembabkan kulit muka, melindungi kulit muka, mengurangkan wajah berminyak dan mengecilkan pori-pori.

Caranya - potong tomato dan tekap hirisan tadi pada parut jerawat. Biarkan selama 10-30 minit.

Tips #8 - Kulit pisang


Caranya - ambil sebiji pisang yang dah masak. Sapu bahagian dalam kulit pisang tadi pada parut jerawat sehingga nipis atau tiada lagi isi putih.

Isi pisang tadi? Makanlah. Hihi takkan nak buang pulak!

Tips #9 - Masker Madu dan Putih Telur



Kebaikan masker madu dan putih telur - mencerah dan mengatasi kulit kering, mengandungi anti-oksida yang tinggi, menghaluskan kulit, mengurangkan wajah berminyak dan menegangkan kulit.

Caranya - ambil satu sudu madu, campurkan dengan sebutir putih telur. Sapu masker ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam

Tips #10 - Vitamin E


Vitamin E mempunyai antioksida yang diperlukan untuk membantu merawat parut. Seperti yang dah sedia maklum, vitamin E merupakan antara vitamin yang penting dalam penjagaan kulit. 

KEISTIMEWAAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE


Cadangan saya tentulah vitamin E dari Shaklee. Apa yang uniknya vitamin E Shaklee ini berbanding vitamin E lain adalah -

Ianya terdiri daripada vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d- slpha tocopheryl acetate dan lengkap dengan selenium. Pentingnya selenium ini adalah untuk membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, penyerapan vitamin E yang takde selenium tak optimum. Tak optimum maksudnya kesan pon lambat!

Vitamin E Shaklee didatangkan bersama grape seed yang mana mengandungi kuasa antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E sahaja. Grape seed ini mengandungi Oligomeric Proanthi Cyanidin yang membantu membuatkan kulit lebih anjal dan awet muda. Wow!

KENAPA MESTI CUBA VITA-E COMPLEX?


Saya pasti ramai yang mahukan result yang super pantaz kan? Kalau tak takkan ada pembeli yang sanggup beli produk - hilang jerawat seawal 3 hari (saya sendiri pernah beli. Hihi)

Jadinya, dengan ciri-ciri istimewa yang ada pada Vita-E Complex, saya yakin ia mampu membantu mengatasi masalah parut jerawat.

Kenapa perlu yang beli produk yang bagus kalau ada produk yang lebih bagus. Kan? Hihi

Kalau masih tak pasti dengan produk yang sesuai untuk masalah kulit anda, boleh terus hubungi saya di 013-7230029. Biar saya berikan cadangan produk yang bersesuaian dengan masalah anda. Hihi

Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS/WA 013-7230029


Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat