Sesudu Vivix untuk Cantik?
Pernah tengok cerita Snow White? Alah kalau tak pernah tengok yang version kartun punya, version Snow White & the Huntsman pon jadiklah.
Ingat tak scene bila mak tiri Snow a.k.a si permaisuri jahat nan kejam yang akan berdiri depan cermin ajaibnya dan cakap "Mirror mirror on the wall, who's the prettiest of them all," dan cermin tu akan sentiasa jawab "You, my queen." Sampailah satu hari bila Snow dah cecah umur baligh nya (ehh yeke?) jawapan cermin tu berubah jadik "Snow White, my queen."
Bila dengar je jawapan cermin ajaib tu yang tetibe lain dari hari-hari sebelum ni, si permaisuri jahat nan kejam terus mengamuk dan arahkan huntsman untuk buru dan bunuh Snow White. Huh, sampai macam tu sekali nak cantik punya pasal.
Atau scene yang mana si permaisuri jahat nan kejam tu (masih takleh move on dengan cerita snow white haha) sedut kecantikan & keawet mudaan gegadis kat bandar tu semata-mata nak kekal cantik dan muda.
Eh kenapa tetibe di pagi hari ni cerita pasal Snow White bagai ni?
Lumrah kan semua manusia nak cantik & muda
Kikiki lumrah wanita (or even lelaki) zaman sekarang ni nak caaaaantik je kan. Sanggup tu spend beribu-ribu ringgit semata-mata nak dapat kulit cantik.
Sekarang kalau tengok memang terlampau banyak sangat peeling product. Produk untuk putihkan kulitlah, hilangkan jerawat dalam masa seminggu lah. Siap ada nama instagram tu jom_langsing_cantik_putih_dua_minggu. Halah halah, nama pon pelik-pelik. Macam-macam. Kalau jenis iman lemah memang boleh TERbeli segala mak nenek produk tu. Hikss
Nak tahu tak, Yaya pon pernah jadi antara mangsa yang membeli produk pemutih tu. Biarlah Yaya rahsiakan jenama xx tu. Tapi memang dalam masa seawal TIGA hari dah nampak putih. Muka Yaya dulu jerawatnya masyallah teruk nauzubillah. Muka nampak kusam, tak bermaya. So memang beli produk pemutih tu untuk putihkan kulit and hilangkan jerawat sekaligus nampak gojes jaa. Tapi once Yaya stop, hambekkkk! Segala mak nenek jerawats mencanak-canak keluar.
Peeling product tu bagus ke?
Macam best kan bila kita yang berkulit sawo matang hitam-hitam manis ni tetibe ada produk yang boleh putihkan kulit. Tipikal Malaysian, yang berkulit putih tu lah yang cantik, yang menarik, yang tertarik kau memang da boom! Tapi peeling product tu betul-betul bagus ke? Memang kita boleh ubah ke nature kulit kita?
Meh Yaya nak share sikit. Yaya yakin semua mesti tahu dalam kulit kita ni ada melanin. Melanin ni adalah zat protein yang berperanan untuk menentukan warna kulit seseorang. Kira kalau orang yang berkulit gelap tu, melanin dia lebih la tu. Orang yang berkulit putih tu, kuranglah melanin dia. Sebab tu, bila kita keluar rumah tengah hari buta, kulit kita akan nampak gelap sikit. Tu tandanya melanin tengah bekerja lebih masa la tu. After few minutes kat luar, then barulah melanin tu akan bekerja secara normal semula.
.
So daripada struktur kulit kat atas tu, setiap manusia kulitnya ada tiga lapis. Kulit kita yang paling atas tu perlukan masa 28 hari untuk renew. Haa sekarang Yaya nak cerita macam mana peeling product tu berfungsi. Produk ni lah yang bertanggungjawab MENGHAKIS kulit. Produk ni akan hakis kulit muka kita, yang mana sampai satu tahap, ada orang lapisan epidermis DAH TAK ADA! Terus lapisan dermis ja. Masyallah, bahaya tak kalau dah sampai tahap macam tu sekali? Yelah, kulit tak sempat renew lagik dia dah hakis.
Selalu kan kita nampak orang yang pakai peeling product ni, yes memang kulit muka dia nampak putih, and macam tegang ja. Dari jauh memang nampak cantik lah. Tapi tahu tak sebenarnya kulit dia tengah BENGKAK! Bukan tegang awet muda tapi bengkak! Tu yang jerawat pon acah-acah hilang. Sekali stop pakai produk tu mencanak-canak miss J naik.
Vivix lain?
It works from the inside. Tahu kan vivix ni mengandungi anti oksidan yang tinggi? Antioksidan ni lah yang bantu lawan radikal radikal bebas dalam badan tu! Ish jahat taw radikal nii. Habis badan kite.
Sel-sel rosak dalam badan tu tahu siapa yang baiki? Haa si vivix ni lah.
Bila sel dalam badan dah sihat dan segar, masalah jerawat lah, jeragat lah memang insyAllah takde! Yeyyy! So tak payah lah nak seksa kulit muka sendiri. Hari-hari nak kena kikis semata-mata nak hilangkan jerawat and nampak muda & cantik & putih. Dah tak payah rasa bersalah dekat kulit sendiri sebab nampak bengkak merah-merah ja.
Mat Saleh Awet Muda?
Pernah tak terfikir kenapa mat-mat saleh yang umur dah 50an, 60an pon masih sihat, kulit tegang, muka nampak muda (kalah kita yang umur 25 tahun ni)?
Rupanya wine yang ditogok mungkin hari-hari oleh deme ni mengandungi resveratrol yang boleh membantu memperlahankan proses penuaan. Tapi mestilah resveratrol nya tak sebanyak dan setinggi Vivix. Untuk kita orang Muslim yang TAK BOLEH minum wine tu, jom lah pakat beli si vivix ni. Bukan setakat tinggi resveratrol, tapi resveratrol dalam sesudu kecik vivix ni je bersamaan dengan SERATUS gelas wine merah!
Kalau mat saleh kena minum wine merah 100 kali sehari untuk nampak muda, kita ni cuma kena togok vivix sesudu kecik sehari sekali dengan penuh bergaya ja untuk kekal awet muda. Insyallah bukan setakat kulit bebas miss J, makin cantik berseri & sehat and pakej awet muda some moree!
Jangan bertangguh lagi. Vivix terbukti berkesan! Get your vivix today!
SMS/ Whatsapp Yaya sekarang untuk sebarang tempahan vivix - 013.723.0029
Zaqqeya Amin
Shaklee Independent Distributor 1234656
013.723.0029
Comments
Post a Comment