Performance Drink Bantu Hilangkan Keputihan Ketika Hamil

Hamil merupakan impian setiap wanita yang dh mendirikan rumah tangga. Yelah, siapa yang taknak dapatkan zuriat penyeri hidup suami isteri kan? 

Tapi tahu tak, kebanyakan wanita hamil memang akan mengalami masalah keputihan. Dan tahu tak, kadang-kadang keputihan yang dialami ni boleh membawa bahaya kepada kandungan? 

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman sendiri macam mana PD bantu hilangkan keputihan ketika hamil.

Tapi sebelum tu, saya nak share sikit pasal kebaikan dan manfaat PD yang menjadi kegilaan seisi keluarga ni..

KEBAIKAN DAN MANFAAT PD

Performance Drink (PD) merupakan salah satu produk Shaklee yang dirumuskan khas untuk mereka yang gemar bersukan tapi tak nak minum air isotonik yang bergas. PD merupakan minuman isotonik tanpa gas dan mempunyai gula yang minima. 

PD yang didatangkan dengan perisa oren sudah tentu menjadi pilihan seisi keluarga yang penting kan kesihatan. Ya lah, anak kecil mana yang tak sukakan minuman isotonik yang kononnya boleh tingkatkan tenaga ketika bersukan, kan? Tapi, dengan kandungan gula yang tersangat tinggi, ibu mana yang sanggup biarkan anak minum air isotonik pasaran berbotol-botol. Jadi sebagai alternatifnya, PD menjadi pilihan hati.



Manfaat dan kebaikan PD adalah -

  1. Minuman isotonik yang lebih sihat
  2. Mempunyai tahap gula yang minima
  3. Membekalkan tenaga
  4. Bebas gas
  5. Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  6. Membantu mengatasi masalah dahaga
  7. Membantu tubuh supaya kekal hidrasi


KEPUTIHAN KERANA KURANG AIR


Pengalaman saya dengan PD ni berkaitan dengan keputihan. Macam yang ibu-ibu hamil lalui, setiap bulan saya akan ke klinik untuk buat antenatal check-up yang mana saya diwajibkan untuk memberikan sampel urine untuk diuji oleh doktor. 

So macam biasa, saya akan daftar, dan diberikan bekas untuk letakkan urine. Memang paling seksa sebab saya terpaksa minum air yang banyak untuk pastikan saya mampu berikan sampel urine bila doktor mintak. Hoho.

Kebiasaannya, result urine saya bagus. Keputihan tak teruk mana. Bacaan biasanya dalam 25-50 je (saya tak pasti bacaan apa, tapi biasanya doktor akan tunjuk kertas putih dekat saya). 

Nak dijadikan cerita pulak, kebetulan time puasa haritu saya kena pergi regular checkup, bila cek air kencing, surprisingly keputihan saya naik mendadak dan bacaan jadik 500! Jangankan saya, doktor pon terkejut sebab sebelum ni normal ja bacaan. 

Jadinya doktor pon risau lah, takut ada jangkitan bakteria dan saya pon dijadualkan untuk ambik vaginal swab untuk next appointment. 

Vaginal swab - Satu test yang doktor akan buat untuk mengambil lendiran dalam faraj untuk pastikan kalau-kalau ada bakteria jahat yang boleh jejaskan baby semasa kelahiran.

Bakteria jahat ni nama dia Group B Streptococcus (GBS). Kalau positive GBS, doktor akan bagi antibiotik (kalau tak salah) untuk elakkan apa-apa komplikasi ketika kelahiran. Untuk penerangan lanjut tentang GBS ni, boleh google yaa. Hihi

So saya dah cuak tambah takut yang teramat sangat. Dah lah first pregnancy, I don't know what to expect. Jadi saya tanya doktor, apa yang menyebabkan keputihan saya naik mendadak dari 25-50 jadi 500? 

Jawapannya -

"Kadang-kadang keputihan ni boleh jadi teruk disebabkan dehydration. Mungkin sebab tengah puasa. Jadi you tak banyak minum air. Sebab tu keputihan you boleh naik mendadak."

Terasa bersalah dengan diri sendiri sebab abaikan kepentingan air. Tapi yelah, banyak mana sangat air yang saya boleh minum lepas berbuka tu.

Doktor nasihatkan saya beli ubat masuk dalam faraj - Canesten Gyn dan bagi preskripsi ubat supaya saya boleh beli dari mana-mana farmasi terdekat.

Saya beli tapi takut sangat nak pakai ubat tu.

Kebetulan dua minggu lepas tu dah raya, jadi saya tekad untuk tak pakai lagi ubat tu, tunggu raya untuk minum air banyak-banyak. Kalau lepas dah minum air banyak keputihan masih ada, baru saya akan ikhtiar dengan Canesten Gyn tu. 

Pagi raya, the first thing saya buat sebelum keluar solat raya is bancuh Performance Drink. Saya bancuh dalam botol 500ml then togok sampai habis. Sedapnyaa minum PD sejuk-sejuk, dahlah perisa oren. Hihi.

Yang bestnya, lepas je saya bersungguh-sungguh minum PD, saya p toilet cek, keputihan saya BERKURANG (read: TAKDE). Apalagi, makin bertambah semangat lah saya nak minum.

Saya amalkan minum PD untuk hari-hari lepas tu sampailah tarikh untuk next appointment saya dengan doktor. Masa ni bukan main berdebar-debar lagi saya nak tunggu urine result saya. Macam nak kena diagnosis dengan penyakit kronik jaa. Hihi.

Tahu tak? Bila saya tengok urine result saya, terpaksa saya genyeh mata berkali-kali sebab keputihan saya NEGATIF. Tak tahu nak gambarkan betapa gembiranya saya.

Doktor pon terkejut. Siap tanya lagi apa yang saya buat sepanjang sebulan sebelum appoinment harini. Hihi.

Alhamdulillah, PD bantu saya dengan masalah keputihan yang tiba-tiba naik mendadak sekaligus selamatkan saya daripada vaginal swab test tu.

ANDA ADA KEPUTIHAN MELAMPAU?


Saya cadangkan anda cuba PD ni. Saya dah rasa kesan dia dan saya nak orang lain pun rasa kesan yang sama. Jangan tunggu lama-lama untuk ubat masalah keputihan ketika hamil. Lambat-lambat nanti takut ada efek dekat baby pulak.

Untuk sebarang tempahan, boleh berhubung dengan saya melalui SMS / WA di 013-7230029. Saya sediakan konsultasi percuma dan tips-tips special khusus untuk customer saya jee. Hihi

Zaqqeya AminSID013-7230029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat