8 Makanan Yang Boleh Kurangkan Kolesterol

Malaysia memang dikenali dengan makanan yang pelbagai ni. Mana taknya, pagi kita sarapan makan Nasik Lemak Anak Dara, minum kopi O pulak. Tengah hari makan Nasik berlauk Mak Uda, saya tengah tulis ni pon terbayang-bayang keenakan lauk-lauk dekat Mak Uda tu. Malam pulak makan nasik lagi, tengah malam pulak nak bedal Roti Canai pulak. Camno tak banyak kolesterol dalam badan ni.

Macam yang saya dah kongsikan dalam entri saya sebelum ni, kolesterol ni ada dua, satu kolesterol baik, lagi satu kolesterol jahat. Haa kalau kolesterol jahat ni tinggi, tu yang bahaya tu. Boleh sebabkan stroke, sakit jantung and macam-macam lagi lah. Bahaya kan?

So harini saya nak kongsikan beberapa makanan yang boleh kurangkan kolesterol.

MAKANAN YANG KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN


Makanan #1 - Kacang Soya


Kandungan kalsium dan mineral dalam soya membantu memecah lemak serta menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan darah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik!


Dengan kata lainnya, protein soya yang berkualiti tinggi boleh menyokong kesihatan jantung. Selain itu, kacang soya mampu untuk sihatkan salur darah supaya penyakit seperti stroke, 

Makanan #2 - Kuaci


Kuaci mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Jika pesakit mengambil pemakanan yang rendah dengan zat besi, ia boleh menaikkan kadar kolesterol jahat sekaligus menghadkan kolesterol baik.Oleh itu, pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari adalah disyorkan untuk menambahkan zat besi serta mengurangkan kolesterol jahat..

Makanan #3 - Buah Kering


Antara pelbagai jenis buah kering, kurma merupakan salah satu buah kering yang mngandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lemak kolesterol jahat sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Selain daripada buah kurma, flavanoid juga boleh dijumpai dan diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan delima.

Makanan #4 - Buah Epal


Sesuai dengan peribahasa orang putih - an apple a day keeps the doctor away, pengambilan sebiji epal hijau setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat yang dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. 

Kalau nak tahu, mereka yang makan makanan segera dan kemudian memakan epal sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah himpunan lemak dalam badan. 

Makanan #5 - Omega-3


Omega-3 terkenal dengan fungsinya yang boleh melindungi tubuh daripada peningkatan kada kolesterol jahat atau lemak jahat. Omega-3 ini boleh didapati daripada ikan tuna, ikan salmon dan makarel. 

Makanan #6 - Bijirin Oat


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolesterl dalam darah. Serat mudah larut dalam oat, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian daripada diet rendah lemak dan kolesterol dalam badan. 

Makanan #7 - Jambu Batu


Tahu tak, jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Ia disyorkan supaya diambil setiap hari pada kadar yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Untuk mendapat kesan yang sepatutnya, jumlah yang disyorkan pengambilannya sehari adalah 400mg, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Makanan #8 - Suplemen Tambahan Untuk Kolesterol


Antara alternatif lain untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badna adalah dengan mengambil suplemen tambahan untuk memastikan kolesterol jahat tidak terlampau banyak. Bagi yang ingin mengambil suplemen Shaklee, produk yang terbukti mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat adalah dengan mengambil Vivix atau Phytocol ST

BERMINAT?

Untuk membuat sebarang tempahan suplemen yang boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, boleh SMS / Whatsapp saya di 013-7230029

Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS / WA 013-7230029





Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat