Vitamin Otak Untuk Anak Kekal Bijak dan Cerdas
Baru-baru ni ada seorang mak PM saya bertanyakan tentang vitamin otak untuk anak supaya kekal bijak dan cerdas. Yelah, dalam kehidupan yang mencabar macam sekarang ni, siapa yang kenbab dan malas memang akan ketinggalan. Buktinya, berapa ramai budak yang fasih berbahasa inggeris sejak dari tadika lagi.
Dari situ dah boleh nampak yang parents nowadays memang nak anak mereka jadi anak yang paling pandai dan cerdik dalam segala macam hal. Jadi tak hairanlah kenapa ibu bapa bersungguh-sungguh google vitamin otak untuk anak kekal bijak dan cerdas.
Yaa, sejak saya bergelar seorang ibu ni, takde yang lebih membahagiakan kalau anak kita lebih bijak atau aktif dari anak orang lain. Bila orang puji anak sendiri, rasa kembang semangkuk tu memang tak dapat nak dielakkan. Padahal orang tu puji anak, bukan puji kita. Tapi mungkin tu lah perasaan kebanyakan ibu bapa kan?
Antara keluh kesah biasa ibu bapa sekarang -
"Anak saya susah nak fokus dalam kelas, selalu penat ja nampak dia."
"Anak saya selalu mengadu penat dan letih. Balik sekolah mesti terus tidur melepet dekat sofa. Langsung takda tenaga nak belajar. Kerja sekolah pon selalu tak siap.."
Jangan risau, saya faham semua kerisauan ibu bapa ni. Sebab saya pon kalau boleh nak anak saya kekal bertenaga dan cergas ja. Otak yang cerdas mampu memudahkan pembelajaran anak-anak. Sebabnya, bila otak cerdas, semua input-input baru yang cikgu ajar, mudah je nak melekat. Kan best macam tu kan?
Saya tak boleh janjikan dalam sekelip mata otak anak akan terus bijak dan cerdas, tapi saya boleh kongsikan cara untuk membantu menjana otak yang lebih bijak dan cerdas.
KEPENTINGAN MINYAK IKAN UNTUK PERTUMBUHAN OTAK
Siapa pun tak dapat nak menyangkal kepentingan dan khasiat minyak ikan yang mempunyai omega-3 untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa perkembangan otak kanak-kanak berkait rapat dengan asid dokosaheksanoik (DHA). Sebab tu kalau perasan iklan-iklan susu tepung bayi, dia tulis segedebuk besar perkataan DHA tu. Betapa pentingnya DHA untuk perkembangan awal kanak-kanak.
DHA ni merupkan asid lemaj Omega 3 yang paling banyak terkandung dalam otak dan retina. Untuk pengetahuan, DHA yang tersangat penting ni tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia dan cuma bolh diperolehi dari sumber seperti ikan. Selain tu, DHA juga mampu meningkatkan hubunagn antara transmisi maklumat dan neuron untuk daya ingatan yang lebih kuat dan sempurna.
OmegaGuard Shaklee
Antara keistimewaan OmegaGuard Shaklee, ia dihasilkan dengan menggunakan kaedah yang istimewa dengan memastikan khasiat semulajadinya tidak hilang dan sekaligus dapat memberikan khasiat dan manfaat yang optimum kepada mereka yang mengambilnya. Ia juga terkenal dengan fugsinya yang boleh mengurangkan masalah sakit jantung, merendahkan paras kolesterol dan tersangat bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak secara optimum. Oleh itu, OmegaGuard merupakan salah satu vitamin yang akan disarankan pengambilannya untuk semua ibu yang sedang mengandung. Ini penting bagi memastikan bayi mendapat nutrisi yang cukup untuk memastikan perkembangan otaknya.
Mealshakes
Mealshakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Antara fungsi mealshake, ia mampu membekalkan nutrien kepada sel-sel, membantu pembesaran kanak-kanak, anti oksidan dan sebagainya.
Macam yang kita tahu, kanak-kanak yang membesar memang susah nak makan. Lagi-lagi sayur. Pantang nampak sayur terus tak jadi nak makan. So macam mana nutrisi untuk perkembangan nak maasuk. Jadinya, mealshakes ni lah yang akan membantu membekalkan sumber nutrisi yang sepatutnya untuk memastikan perkembangan otak sejajar dengan usia.
Vitalea Chewable
Pengambilan Vitalea Chewable dapat membantu membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Ia juga penting untuk pembinaan kalsiym dan tulang supaya menjadi kuat dan sihat. Bila tulang kuat dan sihat, anak pun akan jadi semakin cergas. Vitalea for Children ini mampu membantu kecergasan kanak-kanak dalam aktiviti harian mereka agar mereka tak mudah letih!
Chewable Vitamin C
Antara kebaikan vitamin C shaklee ini adalah memelihara antioksidan semulajadi dalam tubuh. Ia juga penting untuk melindungi sel kulit. Selain itu, ia juga mampu menguatkan tulang, gigi dan gusi serta meningkatkan sistem imun tubuh.
Lecithin
Kaya dengan kolina yang penting dalam neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.
Nah, sekarang dengan adanya vitamin-vitamin sebagai makanan tambahan si anak, tiada lagi masalah anak cepat penat, anak lambat tangkap dan anak kurang fokus. Antara faktor yang menyebabkan perkara di atas, adalah kerana badan yang kurang nutrisi. Jadi, bila dah ambil makanan tambahan ni, insyallah boleh atasi masalah ni. Hihi
ZAQQEYA AMIN
Nah, sekarang dengan adanya vitamin-vitamin sebagai makanan tambahan si anak, tiada lagi masalah anak cepat penat, anak lambat tangkap dan anak kurang fokus. Antara faktor yang menyebabkan perkara di atas, adalah kerana badan yang kurang nutrisi. Jadi, bila dah ambil makanan tambahan ni, insyallah boleh atasi masalah ni. Hihi
oh bagus vitamin ni.
ReplyDelete