Ketahui Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Supaya Dapat Kulit Yang Cantik Dan Mulus

Kulit yang cantik, halus dan gebu sudah semestinya menjadi dambaan hati setiap orang. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Tapi apakan daya, masalah jerawat yang kebiasaannya menjadi masalh remaja dan orang dewasa tidak mampu dielakkan. Sebabkan masalah jerawat ni datangnya dari dalam, so nak ubat pon mesti dari dalam jugak.

Bila dah makin meningkat dewasa, semakin tinggi lah keinginan untuk dapatkan kulit muka yang  bebas jerawat. Buktinya, banyak sangat produk-produk zaman sekarang yang menjanjikan wajah yang bersih dan berseri dalam masa tak sampai seminggu! Wah menarik bukan? Bila masalah jerawat dah setel, masalah kedua pulak timbul, parut! Aduh, bertompok-tompok hitam muka ni disebabkan oleh parut tadi.

Jadinya, macam mana nak hilangkan jerawat dengan cepat? Kebanyakannya lebih tertumpu dengan cara untuk menghilangkan secara luaran. Ramai yang perlukan kulit bebas jerawat dan parut dalam masa yang singkat dan beranggapan bahawa sekiranya mereka dapat temukan skincare yang sesuai, masalah jerawat akan poof, hilang macam tu je.

Tapi sebenarnya untuk merawat masalah jerawat dan parut bukanlah daripada luaran semata-mata. Ramai yang tidak terfikir untuk mengambil vitamin supaya dapat merawat jerawat dengan berkesan.

Tahu tak, badan memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik? Kajian menunjukkan bahawa hanya kira-kira 5% daripada penduduk mendapat jumlah mineral yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa vitamin yang terbukti boleh membantu menyihatkan kulit. Vitamin-vitamin ini boleh diperolehi daripada pengambilan buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Namun begitu,, adakah setiap orang mampu memastikan nutrisi yang cukup setiap hari? Nahh, di sini lah kepentingan makanan tambahan untuk menampal lompong-lompong nutrisi yang tak cukup tadi.

PUNCA JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA


Jerawat, walaupun cuma ada satu nama, tapi ada pelbagai jenis ya. Dan cara hilangkan jerawat pun berbeza-beza mengikut puncanya.

1) Masalah Hormon


Untuk mereka yang berusia dari 18-25 tahun, berkemungkinan besar masalah jerawat mereka disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Hormon bukan sahaja boleh bercelaru bagi mereka yang berusia dalam lingkungan tu je, tapi boleh jugak terjadi kepada ibu yang sedang hamil dan ibu yang baru melahirkan.

Ini adalah kerana, bagi ibu yang hamil dan baru melahirkan, hormon dalam badan berubah-ubah da berkemungkinan besar akan menyebabkan ketidakstabilan hormon.

Kalau jumpa doktor untuk refer masalah jerawat ni, doktor selalunya akan suggest beli Evening Primrose Oil (EPO). Ini adalah kerana, EPO sangat efektif untuk membantu mengatasi jerawat dari dalam dan luar tubuh. Ia mampu membuatkan tubuh membentuk hormon yang seimbang dan seterusnya mencegah pertumbuhan jerawat.

Ia juga boleh menghalang masalah pori-pori tersumbat yang kalau tak dibersihkan boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga boleh membantu mengatasi radang dan menghilangkan bekas jerawat.

2) Bakteria


Antara tanda bahawa terdapat jangkitan bakteria di kawasan jerawat adalah apabila jerawat tadi nampak merah, bernanah dan bengkak.

Kadang-kadang, sesetengah pencuci muka cuma mencuci kotoran di bahagian atas wajah sahaja. Apabila kotoran yang ada dalam pori-pori tak dicuci dengan betul, lama-kelamaan ia akan tersumbat dan akan menyebabkan jerawat dan jangkitan bakteria.

Jadi, untuk mengelakkan masalah jerawat akibat pori tersumbat, adalah amat penting untuk memastikan pencuci muka itu adalah Deep Wash

3) Kulit Tidak Sihat


Semua kulit asalnya adalah kulit yang sihat. Namun sesetengah mungkin mempunyai kulit yang lebih kurang sihat berbanding yang lain. Kulit tidak sihat boleh disebabkan oleh faktor sekeliling. Sebagai contoh oksidasi dan gaya hidup seseorang boleh mempengaruhi kualiti kulit masing-masing.

Orang yang dikelilingi orang yang merokok lebih tinggi untuk mempunyai kulit yang tidak sihat disebabkan pencemaran asap rokok yang sering dihidu berbanding mereka yang tidak dikelilingi oleh orang yang merokok.

Selain itu, kulit juga boleh jadi tidak sihat sekiranya seseorang itu sering berada dibawah tekanan perasaan. Jadinya, tips untuk kulit sihat adalah supaya sentiasa berada dalam mood yang ceria dan gembira.

4) Badan Banyak Toksin


Kadang-kadang, even dah ambik banyak vitamin untuk pulihkan masalah jerawat sekalipun, jerawat masih ada. Masih degil taknak tinggalkan muka tu.

Tahu tak, badan yang bertoksin menyukarkan penyerapan nutrisi dalam vitamin tadi. Dengan kata lainnya, vitamin yang dimakan tadi seolah-olah terus dibuang sebabkan terhalang oleh badan yang banyak toksin tu.

So tipsnya, buang toksin dalam badan dulu sebelum mulakan vitamin untuk kurangkan jerawat.


SO APA VITAMIN YANG KENA AMBIK?

1) GLA Complex 


GLA merupakan singkatan daripada Gamma Linolenic Acid yang mana diperlukan badan untuk menghasilkan protaglandins, iaitu hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal.

GLA Complex ini bertanggungjawab untuk menstabilkan semula hormon yang ada dalam badan sekaligus menghentikan masalah jerawat yang disebabkan oleh hormon.

Apa yang membuatkan GLA Complex ini unik berbanding EPO yang lain adalah GLA nya diekstrak dari pokok Borage yang mengandungi GLA dua kali ganda lebih tinggi berbanding EPO. Omega-6 dan GLA yang terdapat dalam EPO biasa diambil daripada bunga primrose yang cuma mempunyai kandungan GLA sebanyak 7-10% manakala GLA Complex yang diesktrak daripada bunag Borage mempunyai GLA sebanyak 17-25%.



Mana lagi bagus dan tinggi manfaatnya? Hihi

2) Vivix


Seperti yang diketahui, Vivix merupakan produk premium yang dikeluarkan oleh Shaklee. Ia mampu membantu merawat perbagai jenis penyakit kerana sifatnya yang membaiki sel sehingga ke peringkat DNA.

Masalah hormon boleh juga disebabkan oleh sel-sel badan yang rosak - organ yang sepatutnya merembeskan hormon A, contohnya, tidak merembeskan kuantiti yang sepatutnya dan berlebih. So hormon-hormon tadi dah bercampur-campur dalam badan.

Jadi, dengan menggunakan Vivix secara konsisten, ia dapat membetulkan semula sel-sel tadi supaya berfungsi dengan betul dan mengelakkan pertembungan hormon!

Bukan tu je, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang disebabkan oleh bakteria, Vivix juga boleh diamalkan untuk merawat. Ini adalah kerana salah satu ramuan dalam Vivix adalah Elderberi Eropah yang mana bersifat sebagai anti-bacterial! Jadi Vivix akan melawan semua bakteria yang menyebabkan jerawat yang merah, bernanah dan bengkak tu.



3) Garlic Complex 


Tahu tak orang zaman dahulu menggunakan bawang putih untuk merawat keputihan? Bawang putih yang terkenal dengan sifatnya yang antifungal, antivirus dan antibakteria itu menjadikannya sebagai salah satu ubat untuk merawat.

Uniknya Garlic Complex ni sebabnya allicin yang ada dalam bawang putih tu MASIH kekal dalam tablet Garlic Complex. Best kan?



Kalau taknak beli vitamin ni, kita kena masuk dapur, ambik bawang putih dan kunyah MENTAH-MENTAH. Ini adalah kerana, allicin yang terdapat dalam bawang putih itu hanya akan aktif bila dipecahkan. Kalau masak, allicin tu dah tak aktif. So kalau taknak beli Garlic Complex ni, terpaksa lah kunyah gitu je bawang putih tadi.

4) Sustained Release Vita-C



Tahu tak bila kita semakin meningkat usia, penghasilan kolagen dalam kulit pun akan semakin berkurangan? Kolagen yang kurang akan menyebabkan kulit jadi lebih kurang sihat berbanding kulit mereka yang jauh lebih muda dari kita.

Jadi, pengambilan vitamin C dapat membantu menghasilkan kolagen supaya kulit sentiasa dalam keadaan sihat.

5) B- Complex


Bagi mereka yang mengalami stress melampau dalam kehidupan harian, B-complex memang digalakkan. Ini adalah kerana, B-complex mampu merangsang perembesan hormon serotonin yang akan membuatkan seseorang itu lebih ceria dan happy!


6) Energizing Soy Protein


Untuk pengetahuan, sel akan diperbaharui setiap 21 hari. Sel-sel dalam badan kita pula diperbuat daripada protein. Kalau sumber protein tak cukup, sel yang kononnya diperbaharui tadi pun akan jadi sel yang tak sihat.

Pengamalan ESP yang merupakan protein yang terbaik mampu memberikan kulit yang sihat. Ini adalah kerana, ia mengandungi asid amino lengkap yang diperlukan oleh badan.

7) Alfalfa Complex


Kalau durian dikenali sebagai raja buah, alfalfa pula adalah raja tumbuhan kerana fungsinya yang banyak. Salah satu fungsinya adalah untuk mendetokskan badan daripada toksin.

Bila badan dah bebas toksin, penyerapan nutrisi tadi akan lebih optimum!

8) Herb Lax


Sama seperti Alfalfa Complex, fungsi utama Herb Lax adalah untuk mendetoks badan daripda toksin. Tahu tak, kalau badan jenis kurang membuang air besar, badan penuh dengan toksin.

Ramuan Herb Lax ini adalah daun senna yang memang terkenal dengan fungsinya yang mambantu sistem perkumuhan.



Jadinya, Herb Lax akan merangsang badan supaya membuang sekaligus membersihkan usus.

BANYAKNYA VITAMIN, YANG MANA SATU SESUAI?


Vitamin yang disenaraikan kat atas bukannya untuk setelkan satu je masalah jerawat, tapi keempat-empat jenis jerawat yang disenaraikan kat atas tadi. Yang mana yang sesuai? Terpulang kepada masalah yang anda hadapi.

Kalau  tak pasti, boleh hubungi saya terus untuk konsultasi set jerawat yang mana satu yang sesuai untuk merawat masalah jerawat anda di 013-7230029. Saya akan kongsikan tips-tips istimewa dengan customer saya.


Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS / WA 013-7230029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat