AWAS! Risiko Gout yang Kurang disedari Masyarakat

Apa tu gout? Rupanya semua orang menghadapi kemungkinan untuk terkena serangan gout. Honestly, kalau suami tak terkena serangan gout ni, memang sampai sekarang saya anggap gout ni cumalah satu penyakit yang biasa-biasa. Nama pun gout, bukan sakit jantung ke, diabetes ke. Penyakit yang jarang-jarang menyebabkan kematian. So saya tak ambik port sangat. Bagi saya, gout ni adalah penyakit orang tua yang sakit lutut, itulah gout pada tanggapan saya. 

Bila suami terkena serangan gout, saya sedar, penyakit ini bukan lagi penyakit yang biasa-biasa. Ini adalah kerana sekali serangannya boleh membataskan pergerakan seseorang. Sebagai contoh, seksa sekali saya tengok suami yang terpaksa berpapah demi untuk menuju ke dapur atau ke tandas sekalipun. Jika tidak berpapah, suami terpaksa jalan secara terhencut-hencut. Serious guys.. gout is not a simple thing. 

Apa itu Gout?

Gout terjadi disebabkan peningkatan asid urik di dalam darah hingga boleh menyebabkan radang pada bahagian sendi. Bagi pesakit yang pertama kali mendapat serangan, biasanya serangan pertama berlaku di bahagian ibu jari kaki (sama macam yang suami kena). Selain ibu jari, gout juga boleh menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut. Aduhhh sakitnyaa. Tak boleh bayangkan kalau terkena serangan dekat bahagian tengkuk.



Asid urik ni terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein. Contohnya daging. Protein akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam kata lain, asid urik ni adalah hasil daripada penguraian sel yang mati dari makanan yang diambil.

Simptom-Simptom Sakit Gout

  • Serangan mendadak pada sendi, terutamanya sendi ibu jari kaki
  • Sendi menjadi cepat bengkak, panas dan kemerah-merahan. Sangat sensitif dengan sentuhan. Even sentuhan halus pun boleh membuatkan pesakit gout meraung kesakitan. 
  • Serangan terjadi selalunya secara tiba-tiba.
  • Walaupun serangan pertama mungkin di bahagian ibu jari kaki, gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Pernah tak terfikir kenapa gout ni tak boleh picit atau urut? Kalau urut je mesti sakit yang melampau. Mudah je, asid urik ni sifat dia tajam. Asid urik ni jugak bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama dan tak dirawat, boleh terbentuk kristal yang tajam. Ouchh.

Langkah Pencegahan

Bagi pesakit gout, adalah amat penting untuk memastikan asid urik dalam darah mereka sentiasa berada pada paras normal. Ini adalah kerana, gout hanya akan menyerang sekiranya asid urik melebihi paras normal. Oleh itu, adalah disarankan supaya mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengalakkan daripada terkena serangan. 

Terdapat juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout. Contohnya hati, paru, ikan bilis, ikan kembung, sardin, ketam, udang, kerang dan sebagainya. 

Untuk tips mencegah dan mengurangkan serangan gout, anda boleh membacanya di post saya yang lain - 7 tips kurangkan risiko gout 


Zaqqeya Amin
SID 1234656
013.723.0029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat