Cara Kurangkan Berat Dengan Slimming Set Shaklee
Zaman sekarang, dengan adanya bermacam jenis makanan segera yang enak-enak belaka, antara benda yang merisaukan ialah berat badan! Makan banyak ni, berat badan naik tak? Makan burger McD tambah fries yang sedap tu berapa pulak kalori masuk?
Lagi-lagi kalau dah namanya perempuan. Nak nampak cantik satu hal. Nak nampak kurus dua hal. Macam-macam hal lah konklusinya. Kalau tengok dekat instagram, facebook, banyak sangat produk untuk kurus. Kurus dalam masa seminggu, kesan seawal tiga hari. Woww! Tergoda kan? Keskeskes. Tapi sihat ke kalau kurus dalam masa yang singkat tu? Hmm. Jom tengok macam mana nak kurangkan berat badan dengan slimming set Shaklee.
Dalam Shaklee, konsep yang ditawarkan ialah 3B - Bakar, Buang dan Bina.
Antara tanggapan salah yang semua orang pegang sekarang is bila dah ambik vitamin kurus je, kita boleh makan sesuka hati dengan banyaknya. Yelah, dah bayar mahal-mahal beli supplement kan, takkan masih nak kena kontrol makan.
Wrong!
Saya nak ingatkan, ada dua konsep diet yang perlu ada dalam mindset semua yang nak kurus
- Calories intake - Yang masuk MESTI LAGI SIKIT dari yang keluar. Kalau kalori masuk lagi banyak, takde lah inch loss atau weight loss. Haa time tu jangan salahkan vitamin yaa sebab cara awak pun salah jugak
- Diet = 80% makanan dan nutrisi 20% senaman.
Okay, jom kita tengok apa 3B yang depa dok uar-uarkan tuu. Hihi
1) BAKAR
Antara target orang yang sedang diet adalah untuk membakar sebanyak mungkin lemak pada minggu-minggu pertama. Supaya setiap usaha gigih tu terpampang dekat scale. Makin banyak lemak yang dapat dibakar, makin tinggi lah harapan untuk melihat nombor berat yang semakin kurang.
Jadinya, Shaklee ada menawarkan beberapa produk untuk membakar lema dari badan.
Lecithin
Lecithin yang berasaskan soya ini memainkan peranan yang penting dalam proses menurunkan berat badan. Ia digelar sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lmemak'. Dengan kata liannya, ia akan menyebabkan lemak tadi terapung dalam darah dan sekaligus mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
Menarik kan?
Tapi kenapa kita perlukan Lecithin untuk turunkan berat badan?
Walaupun Lecithin terkenal dengan kesannya yang boleh mengapungkan lemak, sayangnya ia tak boleh dihasilakn sendiri oleh badan. Ia hanya boleh didapati daripada suplemen ataupu dari makanan - kuning telur, jagung serta biji kacang soya.
OmegaGuard
Omega Guard Shaklee ini mengandungi asik lemak omega-3 yang penting. Apa signifikan omega-3 ni untuk kurus? Tahu tak, asid lemak omega-3 ini berhubung rapat dengan pengawalan hormon leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar. Dengan kata lain, omega-3 yang terkandung dalam Omga Guard ini boleh mengurangkan nafsu makan!
Selain itu, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 juga boleh menguraikan lemak-lemak lama yang terperuk dalam badan untuk dinyahkan. Kira macam mesin pembakar lemak lah ni
2) BUANG
Buang? Nak buang apa ni? Okay ni satu aspek yang sangat ramai terlepas pandang. Buang atau nama lainnya detox tersangat penting dalam operasi diet kita ni. Kalau kita bakar je tapi tinggalkan lemak dalam badan tak guna jugak kan?
Detox ni penting untuk keluarkan semua toksin dan bersihkan usus. Kenapa penting, sebabnya time tengah diet ni lah kita nak makan sikit tapi kenyang kan? Pernah tak makan rasanya dah kerap, tapi perut masih terasa lapar sepanjang masa. Tak kenyang-kenyang. Jadinya, time diet ni, kita mesti nak walaupun sikit makanan yang masuk dalam perut, tapi semuanya diserap dengan baik. Kalau toksin tadi tak dikeluarkan, penyerapan pun akan jadi tak berapa optimum.
Jadinya, untuk detox ni, ada tiga produk pilihan;
Herblax
Antara fungsi Herb Lax adalah untuk membantu proses membersihkan najis yang tersekat dalam usus. Yang bestnya, Herb Lax ni lah yang akan membantu MENGEMPISKAN bahagian perut. Ohsem kan?
Ia juga membantu mengembalikan semula proses pergerakan semulajadii usus kerana ia terkenal dengan detoksifikasinya yang lembut.
Antara kandungan yang digunakan di dalam Herb Lax ini adalah daun senna iaitu boleh merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut serta mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak!
Alfalfa Complex
Alfalfa yang terkenal sebagai raja tumbuhan terbukti mempunyai banyak kegunaan dan manfaat. Antaranya adalah untuk detox seluruh badan secara lembut.Ia juga membantu proses detox hati, darah dan usus. Sifatnya yang beralkali tinggi mampu membantu meneutralkan asid dalam badan dan membantu penyingkiran lemak.
DTX Complex
Gabungan enam herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle , kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. DTX Complex ini terkenal dengan fungsinya yang boleh meningkatkan enzim untuk proses detox hati.
Jadi persoalannya, produk yang mana akan menjanjikan keberkesanan yang optimum? Untuk detoks secara keseluruhan, anda boleh membeli alfalfa yang bertindak untuk detoks secara keseluruhan (detoks lembut) dan Herb Lax yang akan membantu mendetoks usus (detoks khusus). Namun begitu, bukanlah bermakna kesemua produk ini harus di makan setiap hari. Jadi, terserah kepada bajet anda. Hihi.
3) BINA
Bila dah bakar, dah buang, dah sampai masa untuk bina. Takkan dah hilang lemak, nak biarkan badan jadi lembik tak ber-muscle kan?
Kalau badan dibiarkan tanpa bina otot, bila dah tak diet, berat kemungkinan naik mendadak. Kesan ni lah yang dipanggil sebagai kesan yo-yo. Sebab tu kalau tengok kadang-kadang orang tu diet dah kurus dah, tapi lepas tu sekejap je dah gemuk balik.
So untuk elakkan kesan yo-yo ni, memang digalakkan untuk bina otot supaya metabolisma baik dapat dikekalkan.
Cinch Shake Mix
Menariknya dalam Cinch Shake Shaklee ini, terdapat sejenis bahan iaitu Leucine yang penting dalam penurunan berat badan. Bagaimana Leucine ini boleh membantu proses penurunan berat badan?
Leucine membantu mengekalkan otot yang akan bekerja untuk membakar lemak. Ia juga diperlukan oleh badan untuk membolehkan proses sintesis protein berlaku. Jadinya, kalau takde leucine ni, protein dalam badan takkan disintesis dan akan disimpan dalam badan. So takkan ada penurunan berat kan? Hihi
Energizing Soy Protein
Kalau taknak minum Cinch Mix Shake, alternatifnya adalah ESP yang mempunyai kandungan protein soya non-gmo yang berkualiti tinggi. Best kan? Rasanya pon sedap.
Nah, saya dah kongsikan cara untuk kurus dengan Shaklee. Nak kurus memang makan masa. Takde orang yang boleh kurus dalam masa yang singkat. Hisap-hisap kurus ke, kurus langsing dalam tiga hari ke, tak semudah tu yaa.
Kalau berkesan pun, mungkin akan jadi macam berat yo-yo tadi, sekejap je dah naik semula berat badan. Taknak lah macam tu kan? Hihi.
Jadi, selamat memilih produk pilihan hati yaa dan selamat kurus dengan set slimming Shaklee.
Untuk sebarang nasihat tentang produk yang sesuai diambil, boleh terus whatsapp saya di 013-7230029 ya..
Comments
Post a Comment