7 Tips Fokus Belajar

Sebagai seorang pelajar, antara benda yang paling susah nak buat adalah fokus dalam kelas mahupun dalam tugasan.

Macam mana saya tahu? Hihi saya pun pelajar juga dulu. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama. Lagi-lagi kalau lecturer tu tak berapa nak menarik. Susah sikit saya nak focus. Tapi saya tetap cuba. Hihi. Takpe, harini saya nak kongsikan tips fokus belajar. Khas untuk pembaca saya je. Hihi

KENAPA FOKUS PENTING?

Kalau tak focus apa jadi? Haa pernah tak kita buat kerja yang sepatutnya boleh siap dalam masa sejam tapi drag sampai dua atau tiga jam? Pernah kan? Cuba ingat balik, apa yang kita buat sampai boleh drag macam tu sekali.

Saya pernah buat assignment yang Cuma perlukan 2 helai muka ja, tapi lamanya sampai 2 jam. Pernah jugak buat satu assignment yang perlukan 15 muka, tapi saya boleh dapat 10 muka dalam masa dua jam. Nampak tak perbezaan dia? Kalau kita focus kita boleh jimatkan masa kita, tapi kalau kita tak focus, benda sikit pun makan masa sampai berejam. Sebab apa makan masa? Sebab masa-masa lain terbuang dengan layan FB, whatsapp, youtube, berborak dan sebagainya. So tinggallah beberapa minit je masa yang kita betul-betul focus untuk kerja kita.

TIPS UNTUK LEBIH FOKUS DALAM BELAJAR



Tips #1 Tempat Belajar yang Sesuai

Ingat lagi waktu saya kecik, Umi memang akan paksa saya belajar setiap petang. Antara pantang larang waktu tu, TAK BOLEH sama sekali belajar dalam bilik tidur. Pulak tu TAK BOLEH meniarap! Hihi, faham-faham je lah apa akan jadi kalau saya belajar sambil meniarap. Tak sampai 10 minit saya dah dibuai ombak. So rule #1 – jangan belajar sambil baring, meniarap atau mengiring.

Untuk pastikan diri jadi lebh focus, carilah tempat belajar yang bersih dan cantic dan ada kerusi untuk duduk. Dulu saya selalu belajar dekat meja makan. Senang. Pastikan takde tv, computer atau telefon yaa. Gadget-gadget semua letak tepi dulu. Lepas habis belajar baru boleh update Instagram. Hihi.

Tips Tambahan – belajar berdekatan dengan orang yang anda takut, contohnya mak, ayah atau sesiapa. Gerenti focus lebih hihi

Tips #2 Sediakan Semua Bahan yang Diperlukan




Pernah tak kita bagi alasan untuk tinggalkan tempat belajar – alamakkk, pemadam tertinggal dalam bilik lahh, buku rujukan atas para lah? Jangan! Sebelum nak mulakan proses belajar tu, PASTIKAN semua barang yang perlu untuk pembelajaran dah tersedia.

Tahu tak bila kita asyik bangun dua tiga kali untuk ambik barang yang tertinggal tu, semangat nak belajar pon boleh hilang tau! Sebagai contoh, masuk kelas untuk subjek matematik, tapi kita tertinggal buku matematik. Macam mana kita nak focus dalam kelas? Betul tak? Tu yang boleh jadi malas, tidur dan sebagainya.

Tips #3 Study Group


Kadang-kadang, ada orang yang TAK BOLEH belajar seorang. Cepat bosan dan cepat terganggu perhatian. Jadi untuk orang macam ni, study group boleh membantu untuk dia lebih focus. Tapi ingat, pastikan pilih kawan yang betul yaa untuk join study group. Jangan pilih kawan tu sebab dia rapat dengan anda. Nanti habis masa sebab berborak je. Kan dah rugi. Tapi kalau teman baik tu bukan jenis yang suka berborak, boleh lah ajak dia berstudy group.

Tips Tambahan – Cara pilih kawan
  • Tak banyak berbual
  • Boleh bantu anda fokus
  • Cari kawan yang lebih bijak daripada anda. Supaya, kalau anda tak boleh selesaikan satu soalan, anda boleh bertanya terus kepada kawan anda ni. Kalau asyik tak faham je, lagi lah menyampah nak focus kan? Hihi


Tips #4 Sediakan Kudapan


Perasan tak, kalau tengah belajar, perut memang akan jadi lebih cepat lapar? Lagi-lagi kalau focus. Berdondang sayang lah perut tu. Sebenarnya, bila kita guna otak, kita pun tengah guna tenaga tau. Tu yang perut pon cepaat je rasa lapar tuu.

So untuk elakkan rasa lapar berpanjangan, sediakan kudapan – buah, kekacang, air kosong
Selain kudapan untuk elakkan rasa lapar, bila bosan pon kita ada tendency nak makan kan? Haa time ni lah kudapan tu akan selamatkan kita. Hihi.

Tips #5 Take a Break


Kalau dah set nak belajar selama dua jam, plan lah pukul berapa nak berhenti sekejap untuk rehatkan minda. Jangan belajar straight dua jam, nanti otak boleh jadi tepu! Hihi. Otak kita pon perlukan rehat untuk proses balik apa-apa yang kita belajar tadi.

Tips #6 Buat Nota Sendiri


Dulu waktu saya belajar, saya lebih suka baca nota buatan saya sendiri. Otak saya lebih cepatfaham dan focus dengan nota tu berbanding nota yang lecturer bagi. Hihi

So saranan saya, buat nota sendiri. Nak pahala lebih? Fotostat nota cantic tu bagi kat kawan-kawan.

Tips #7 Ambik Suplemen yang Boleh Bantu Untuk Lebih Fokus

Untuk pengetahuan, Shaklee dah pun sediakan satu set suplemen untuk bantu kekalkan tahap fokus dalam belajar - 

Omega Guard
B-complex
Lecithin 
Cinch Tea

Saya kongsikan kegunaan dan khasiat setiap suplemen di sini ya - Ketahui Suplemen Untuk Jadikan Anak Lebih Fokus

HOW TO ORDER?

Boleh terus berhubung dengan saya di 013-7230029 untuk sebarang tempahan. Saya sediakan konsultasi dan beberapa tips nak score exam, khas untuk customer saya! Yeyy! hihi


Zaqqeya AminSID 1234656SMS/Whatsapp 013-7230029




Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat