Vitamin Wajib Ketika Travel Supaya Dapat Melakar Kenangan Indah Dengan Bergaya
Seperti yang ramai dah tahu, alhamdulillah, saya baru je lepas habis pantang. So terasa la freedom kat situ sebab akhirnya setelah 44 hari, boleh keluar rumah dengan bebasnya. Tapi takde lah betul-betul 44 hari saya stay dalam rumah, sebelum 44 lagi saya dah mula berjalan-jalan dengan penuh kegembiraan dengan suami dan anak kecil saya ni.
Cuma yang berbezanya, masa umur Muizz 45 hari, saya dah travel jauh. Hihi, saya join suami dan ipar duai pergi mandi-manda dekat Gambang Waterpark. Untuk saya yang pertama kali travel dengan anak kecil, memang semua serba tak kena. Time packing barang baby tu saya rasa macam nak bawak semua benda. Kalau boleh dengan buaian-buaian sekali saya nak angkut masuk bonet. Hihi over kan?
Tapi motif saya nak tulis entri harini bukanlah nak share pengalaman mandi manda saya di Gambang Waterpark (walau hakikat sebenar saya cuma jadi tukang jaga babies ja), tapi saya nak kongsikan beberapa vitamin wajib ketika travel yang saya akan bawak kehulu kehilir.
VITAMIN WAJIB KETIKA TRAVEL
Walau banyak mana pun barang yang saya bawa ketika travel, saya memang wajibkan diri bawak tong-tong vitamin saya. Kira dalam luggage tu saya akan sumbat-sumbat sampai muat tong-tong kesayangan saya. Kalau tak muat, saya sanggup ambik beg baru, semata-mata nak bawak vitamin. Hihi.
So antara vitamin wajib yang perlu ada dalam beg saya mestilah -
1) Ostematrix
Ni dah tahap vitamin wajib ada dalam beg lagi-lagi kalau tengah nak travel. Sebabnya, Ostematrix ni lah yang akan bantu saya untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti. So even tidur sekejap, esok pagi saya masih bertenaga dan bersemangat nak teruskan hari-hari percutian saya.
Bukan tu je, kalau percutian tu jenis yang menyebabkan saya banyak berjalan kaki, Ostematrix ni akan bantu hilangkan lenguh-lenguh kat kaki saya. Pernah sekali mak, kakak dan adik saya jalan-jalan dekat Indonesia untuk beli-belah, seharian berjalan kaki, malam tu telan beberapa bijik Ostematrix dan ajaibnya esok pagi kaki masing-masing bertenaga seolah-olah baru nak mulakan hari. Hihi
Best sangat si Ostematrix ni, takkan Shaklee boleh keluarkan produk magis kot?
Shaklee bukan keluarkan produk magis yaa, tapi semua produk Shaklee dan tested dan memang scientifically proven (terbukti secara saintifik ya), bukan jenis produk-produk yang re-brand. Big no no. So saya kongsikan si magis Ostematrix ni yaa..
Uniknya Ostematrix Shaklee ini adalah kerana formulanya. Osteamtrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesiym dan boron. Kesemua nutrien ini adalah sangat perlu dalam sesuatu kalsium bagi memastikan penyerapan sehingga 99% dalam badan dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kalau nak tahu, kebanyakan kalsium di pasaran tak menepati kandungan ni, sebab tu kalau ambik Ostematrix, kesan dia sangat cepat dan menakjubkan.
Sebab tu Ostematrix Shaklee ni cam ada magis :p
Dah faham kan kenapa Ostematrix ni wajib? Hihi
2) Sustained Release Vita-C
Macam yang semua tahu, vitamin C tersangat penting untuk badan kita. Tapi yang tak bestnya, badan kita TAK BOLEH produce sendiri vitamin ni. So kita ke dapatkan vitamin C ni dari luar - makanan, minuman (?) dan suplemen lah.
Bila kita pergi bercuti / travel, memang tak syak lagi kita akan spend almost sepanjang hari dekat luar kan? Kiranya kulit akan lebih terdedah kepada cahaya matahari yang ada sinaran UV tu.
Jadinya, saya ambik vitamin C setiap kali sebelum mulakan apa-apa aktiviti kat luar sebab nak bagi full protection dekat kulit sendiri. Yelah, kita tak tahu dalaman kulit kita macam mana kan. So prevention is better than cure. Tahu tak, sinaran UV yang berlebihan boleh buat skin cancer tau!
Antara fungsi vitamin C ni adalah -
Pengambilan vitamin C sebelum buat apa-apa aktiviti sepanjang cuti ni penting sebab ia akan melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil daripada cahaya matahari, pencemaran dan asap rokok. Lagi, antioksida yang ada dalam vitamin C tu akan melindungi kulit daripada radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada matahari. Vitamin C ni jugak akan kurangkan sub burn dan seterusnya mengurangkan risiko kanser kulit pada jangka masa yang panjang disebabkan oleh sinaran UV tadi.
Bila baca fakta ni, terasa penting kan vitamin C tadi? Hihi, takkan kita nak bawak berbijik-bijik buah oren sebab kononnya nak dapatkan bekalan vitamin C sepanjang hari tadi? Mustahil kan?
So cara mudahnya, bawaklah tong vitamin C ni, dan ambiklah beberapa bijik sebelum mulakan aktiviti percutian anda!
3) Multivitamin Vita-lea
Kalau anda pembaca setia blog saya, mesti anda dah tahu apa fungsi vitamin kesayanagn saya ni. Ya betul, antara fungsi kesayangan saya ni adalah untuk bekalkan tenaga sepanjang hari.
Ye lah, sebagai new mom, memang banyak tenaga yang saya perlukan nak berperang dengan ragam anak. Hihi, so Vita-lea memang membantu saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan secara tak langsung untuk kekal ceria!
Yang bestnya pasal Vita-lea ni -
Ia adalah multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Dengan kata lainnya, pengambilan Vita-lea ini boleh menampal semua lompong-lompong nutrisi yang tak cukup dalam badan kita. Menarik lagi, Tun Dr Mahathir sendiri mengamalkan pengambilan Vita-lea setiap hari. Tak syak lagi Tun Dr Mahathir mestilah memilih suplemen yang terbaik untuk mendapatkan kesan yang terbaik, kan?
Haa nak jadi bertenaga macam Tun Dr Mahathir? Mulalah amalkan pengambilan Vita-lea dalam diet harian anda! Hihi.
4) B-Complex
Sebagai seorang ibu baru, stress dan serabut memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Kadang-kadang rasa geram sebab anak kecil taknak tidur, asyik nak melekat sampaikan aktiviti percutian kita boleh rosak.
So kenapa saya wajibkan diri untuk bawa B-complex bersama ketika travel adalah sifatnya yang anti-stress. Saya wajibkan diri untuk ambik at least sebijik B-complex setiap hari supaya hari-hari saya ceria dan gembira walaupun tudung berbau muntah anak. Hihi.
Betul ke B-complex ni anti-stress? Macam tipu je..
Untuk pengetahuan -
B-complex Shaklee ni mempunyai semua adik beradik vitamin B. Vitamin B6, B9 dan B12 yang terkandung dalam B-complex ni mampu merangsang hormom serotonin yang mana sekiranya hormon ni tak stabil, ia boleh menyebabkan depressi. Psst, jangan tak tahu, vitamin B1 yang ada dalam B-complex ni boleh mencegah kelesuan dan meningkatkan stamina tau! Apalah gunanya percutian kita kalau stamina pon zero..
Banyak kan manfaat B-complex ni? Memang deserve one spot dalam luggage kita untuk sama-sama dibawak ke tempat travel. Hihi.
5) Alfalfa Complex & Energizing Soy Protein (ESP)
Disebabkan saya seorang ibu yang bagi susu badan, milkbooster saya memang tak sanggup nak tinggal. Betul, saya kelek tong ESP tu untuk bersama-sama saya dalam percutian saya ni. Saya tak peduli tong tu besar ke, kecik ke, memang saya sediakan tempat khusus dalam beg saya untuk saya sumbat ESP.
Bukan apa, bagi saya susu yang berkualiti penting untuk memastikan si kecil saya tu sentiasa kenyang dan kurang ragamnya. Mana taknya, kalau si kecil lapar, dah tentu dia akan meragam dan menangis dan mengamuk, dan saya dah tentu akan hilang mood untuk bercuti sebab terpaksa melayan ragam dan amuknya.
Oh tidak, saya tak sanggup nak bayangkan kemungkinan tu..
6) Omega Guard
Yang ni optional. Nak bawak boleh tak nak bawak pon boleh. Tapi sebabkan saya nakkan Omega-3 yang ada dalam Omega Guard tu untuk anak saya, saya wajibkan jugak untuk Omega Guard ni ada dalam beg saya.
Yelah, takkan sebab nak bercuti, anak saya tak dapat benefit dari Omega-3 tu. No no no, sebabkan saya nak sel-sel otak dia berkembang, saya tak pernah tinggalkan atau skip Omega Guard ni.
Psstt, walaupun saya tak ambik Omega Guard ni untuk kurus, tapi salah satu fungsi Omega Guard ni adalah untuk BAKAR LEMAK! Wowww, ni sudah bagus, walau banyak mana pun saya makan time travel, saya tak perlu risau berat badan naik sebab boleh cepat-cepat bakar dengan bantuan askar Omega ni. Hihi
Haa, banyak tak vitamin yang saya bawak? Hihi, tak banyak pun kalau nak compare dengan memori indah yang saya dapat bila bercuti tanpa ada masalah ni. Hihi. Seronok bila badan kita bagi kerjasama macam yang kita nak, and secara tak langsung, kita dapat quality time with our family.
Yelah, bukan apa, saya ni memang bukan jenis yang bersukan atau bersenam setiap hari. Jadinya kalau takde vitamin-vitamin ni, jalan sikit je dah mengah, dah penat-penat kaki sakit lutut bagai. So untuk elakkan, saya wajibkan diri ambik vitamin-vitamin ni.
NAK BERCUTI TANPA RASA PENAT MEMANJANG?
Kalau anda betul-betul nak menikmati percutian yang jarang-jarang boleh pergi tu, saya sangat sarankan supaya anda ambik dan bawa vitamin yang saya listkan kat atas tadi. Memang takkan menyesal sebab anda akan rasa perbezaan percutian sebelum ambik vitamin dan selepas ambik vitamin. Hihi.
Jadi, kalau berminat dan nak keluar dari kepompong kepenatan yang melampau tu, boleh lah SMS atau Whatsapp saya di 013-7230029 untuk tempahan dan konsultasi. Saya akan kongsikan tips-tips untuk kekal bertenaga sepanjang percutian. Hihi best tak?
Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS / WA 013-7230029
Comments
Post a Comment