8 Tips Mengurangkan Resdung Secara Semulajadi

Saya yakin, pasti ramai yang kenal baik dengan penyakit resdung ni. Sekali terkena serangan, satu muka rasa macam gatal-gatal. Pedih mata, hidung, pipi dan telinga. Rasa memang tak selesa kan? Macam mana agaknya nak mengurangkan resdung ni.

Penyakit resdung boleh dikatakan sebagai penyakit kebanyakan. Ini adalah kerana mengikut kajian, 8 daripada 10 orang dewasa di Malaysia ini PASTI mempunyai resdung. Resdung merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh penduduk Malaysia. Ramai yang menganggap bahawa resdung bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Namun tahukah anda bahawa penyakit resdung ini, jika tidak dirawat boleh membawa kepada risiko yang lebih parah?

Tapi jangan risau, harini saya akan kongsikan beberapa tips mengurangkan resdung untuk diamalkan. Moga-moga dengan amalan ini, penyakit resdung anda akan menjadi semakin baik dan berkurang.

TIPS MENGURANGKAN RESDUNG

Tips #1 -  Hidrasi

Tips satu untuk mengurangkan serangan resdung adalah dengan memastikan badan cukup hidrasi. Pesakit perlulah meminum banyak air mineral tanpa gula. Cecair yang banyak ini akan membantu mendorong lendir supaya keluar dari hidung. Minuman beralkohol, berkafein, minuman manis dan rokok haruslah dielakkan kerana semua minuman tadi boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat saluran pernafasan dan boleh mengakibatkan keradangan yang lebih teruk. 

Tips #2 - Sedut wap air panas


Petua lain untuk menghilangkan resdung adalah dengan menyedut wap air hangat. Macam mana? Senang ja, pernah tengok orang buat facial yang sedut wap air tu? Tekup muka atas wap air panas kan? Haa lebih kurang macam tu lah. Caranya –
  • Rebus air sebanyak satu gayung, campurkan dengan sedikit garam.
  • Lepas air dah mendidih, matikan api dan letak kepala lebih kurang 30cm atas air.
  • Sedut wap air selama 15 minit, buat 3 kali sehari, sampai resdung lega.


Tips #3 – Letakkan tuala panas di muka

Kalau tak tahan nak hidu wap air tadi, boleh ambik satu helai tuala. Celup dalam air panas dan perah airnya. Lepas tu letakkan tuala kat muka. Cara ni dapat membantu mengeluarkan lender yang terkumpul pada bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

 Tips #4 – Lidah buaya

Siapa yang tak kenal dengan khasiat lidah buaya kan? Dulu masa kecik-kecik selalu potong lidah buaya dekat belakang rumah, lepas tu sapu dekat muka. Memang sejuk dan selesa bila buat macam tu. Tapi tau tak sebenarnya lidah buaya ni boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab sifatnya yang antiseptic?

Cara dia?  Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Nak lebih berkesan lagi, minum air rebusan lidah buaya dengan konsisten.

Tips #5 – Campuran limau nipis dan daun pandan

Caranya – hiris daun pandan nipis-nipis, campurkan dengan air perahan limau nipis. Ramas sampai air berubah jadi warna kehijauan. Tapis segala bahan tadi, tinggalkan air je. Ambik air tadi dan basuhkan air ke muka (elakkan terkena bahagian mata dan bibir).

Tapi cara ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Dan berkemungkinan besar akan rasa pedih kat muka. So kena tahan pedih sikit kalau nak guna cara ni.

Tips #6 – Kunyit atau halia

Kunyit mengandungi sifat anti-inflamasi dan antioksidan semulajadi. Apabila digandingkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, minuman ini boleh membantu mencairkan mucus di bahagian hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus.

Tips #7 – Jintan Manis


Kisar sedikit jintan manis, kemudian bungkus dalam kain perca. Ikat ala-ala sup bunjut adabi tu. Hidu kisaran jintan manis ni setiap kali sebelum tidur.

Tips #8 – Amalkan suplemen untuk resdung

Suplemen lain saya tak berapa pasti, tapi Shaklee ada menawarkan beberapa suplemen untuk bantu mengatasi masalah resdung. Saya percaya, ramai yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengamalkan petua-petua di atas. Jadi jalan mudah, saya sarankan supaya cuba suplemen resdung Shaklee ni.

Suplemen resdung yang dicadangkan adalah - 

  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Sustained Release Vita-C
Untuk penjelasan lanjut tentang macam mana vitamin-vitamin ini berfungsi, boleh rujuk pada entri saya sebelum ini - Rawatan untuk Mengubati Penyakit Resdung

BERMINAT?

Sebarang tempahan boleh lah dibuat terus dengan SMS/Whatsapp saya di 013.723.0029. Saya bagi konsultasi percuma sepanjang hayat khusus untuk customer tersayang saya. Hihi

ZAQQEYA AMIN
SID 1234656
SMS/Whatsapp 013-7230029

Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat