Bahaya Kolestrol dan Cara Mengatasi yang Ramai Tak Tahu
Pernah pergi shopping barang basah dekat pasar? Emm even saya tak ada rumah sendiri lagi hence tak masak sendiri lagi, tapi saya pernah juga jejakkan kaki dekat pasar untuk teman Umi shopping. Sampai kat sana, boleh cakap wahhh syurga makanan ada kat depan mata. Macam-macam jenis makanan ada. Baik dari segala jenis kuih, nasi lemak, ayam goreng berempah, roti canai, roti jala dan macam-macam lagi. Wah wah wahh. Sedap perut saya hari ni. Tapi tahu tak makanan yang banyak-banyak tu la yang akan menyebabkan banyakkk kolesterol dalam badan. Orang Malaysia ni ramai yang suka makan tapi tak tahu bahaya kolesterol dan cara mengatasi kolesterol yang berlebihan dalam badan tu.
Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut, penting untuk kita tahu apa itu kolesterol. Supaya lepas ni kalau ada orang makan banyak depan mata, kita boleh dengan bergayanya cakap "ehhh, tu makanan tinggi kolesterol tu. Nanti arteri tersumbat bla bla bla." Sebab kita ada knowledge. Hihi.
KOLESTEROL? SEMUA JAHATKAH?
Kolesterol ni merupakan satu komponen sterol yang diperlukan dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kolesterol ni sifatnya akan bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein. Tahu tak lipoprotein ni apa? Ia terdiri daripada lemak yang diselaputi protein.
Asalnya. kolesterol taklah semua jahat macam yang dimomok-momokkan. Ada yang baik. Hihi. Adalam badan kita ada dua jenis kolesterol. Satu High Density Lipoprotein (HDL) atau dikenali jugak sebagai kolesterol baik dan lagi satu Low Density Lipoprotein (LDL) iaitu kolesterol jahat.
Haaa, kan dah cakap. Tak semua kolesterol tu jahat ya. Badan kita pun perlukan kolesterol yang baik ni untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan beberapa hormon dalam badan kita. Tapi bila kolesterol ini berlebihan dalam darah, hah itulah yang akan menyebabkan penyakit yang serius.
Seperti yang diketahui, kolesterol adalah gabungan antara lemak dan protein (lipoprotein). HDL dikatakan merupakan kolesterol yang baik kerana mengandungi kandungan protein yang tinggi. Manakala LDL pula jahat kerana kadar lemaknya adalah sangat tinggi yang membuatnya mudah menempel di dinding pembuluh darah.
HDL ini lah yang bertanggungjawab untuk membawa lebihan kolesterol yang disebabkan oleh LDL tadi ke organ hati untuk kembali diproses dan diturunkan kadar kolesterolnya. Dengan kata lain, HDL berperanan besar dalam mencegah penempelan lemak dan kolesterol jahat di dinding pembuluh darah.
Antara fungsi kolesterol baik dalam tubuh kita adalah:
- Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran
- Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
- Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
- Terlibat dalam penghasilan hormon adrogen dan estrogen.
- Bertindak sebagai penjaga 'pintu' sel yang hanya akan membenarkan molekul yang betul sahaja untuk memasuki dan menghalang yang tidak boleh masuk.
- Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak
- Penebat kepada jaringan saraf
- Menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D.
FAKTOR KOLESTEROL TINGGI
Faktor kolesterol bolehlah dibahagikan kepada dua keadaan iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal.
Faktor yang boleh dikawal tentulah dari segi pemakanan. Makanan yang boleh menyebabkan kolesterol berada di aras tinggi adalah makanan yang terlalu banyak lemak, seperti mentega, biskut, dan fast food, lebih berat badan, kurang bersukan, merokok, gaya hidup yang tidak sihat, stress dan sebagainya.
Faktor yang tidak boleh dikawal pula adalah dari segi keturunan. Jika ada sejarah kolesterol dalam keluarga, maka tinggi kemungkinannya untuk anak memiliki penyakit kolesterol.
CIRI-CIRI KOLESTEROL TINGGI
- Rasa berat di tengkuk
- Cepat mengantuk
- Kebas di kaki dan tangan
- Timbunan bintik-bintik lemak di atas mata
- Mudah lelah dan penat
- Sering sakit kepala
Apabila kolesterol dalam badan terlampau banyak, ia akan menyumbat arteri dalam badan dan akan menyebabkan jantung kurang oksigen dan darah. Apabila arteri tersumbat, maka ia akan menyebabkan dada rasa sakit dan lama kelamaan penyakit lebih kronik akan berlaku!
Kolesterol yang tinggi boleh menghasilkan masalah berikut:
- Strok
- Serangan jantung
- Penyempitan arteri
- Darah tidak mengalir dengan baik
CARA KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN
Tahu tak macam mana cara nak kurangkan kolestrol dalam badan? Phytosterol. Yes Mr. P ni lah yang membantu (kita panggil Mr. P ye sebab susah sangat nak eja hihi) Makin banyak Mr.P, makin kuranglah kolestrol dalam badan. Kira Mr.P ni lah yang akan dush dush dush si kolestrol jahat tu. Hiyarkkkk!
Okay, macam mana Mr. P ni bertindak? Mr. P mempunyai struktur yang sama seperti kolesterol. Jadi Mr.P ni akan bersaing dan cuba menggantika kolesterol jahat dalam penyerapan di dalam usus. Dalam kata lainnya, Mr. P ni boleh lah dianggap sebagai polis yang akan menangkap kolesterol-kolesterol jahat daripada berleluasa dalam pembuluh darah kita. Untuk pemahaman yang lebih jitu, boleh tengok gambar kat bawah ni yaa.
So daripada gambar kat atas ni, yang kuning-kuning tu lah kolesterol jahat yang cuba nak menempel dekat dinding-dinding darah kita. So apa yang Mr. P ni akan buat is dia akan kepung kolesterol-kolesterol jahat tu supaya tak masuk dalam bloodstream.
It's a good news kan. Makin banyak Mr. P dalam badan kita, makin kuranglah kuantiti kolesterol dalam badan. So takdelah chance nak kena serangan jantung la, strok la. Tapi.. Mana nak dapat mr. P banyak-banyak ni? Okeh, Mr. P ialah sebatian yang ada dalam kebanyakan makanan termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kena ingat ya, badan kita perlukan sebanyak 2000mg Mr. P sehari. Ni adalah amaun yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Kalau memang penggemar buah dan sayur, boleh cuba hasilkan Mr. P ni tanpa bantuan apa-apa supplemen. Tapi sanggup ke nak makan 200 lobak merah, 70 keping ratu gandum atau 425 biji tomato SETIAP HARI! Sanggup ke?
Okay, bila dengar amaun buah-buahan & sayur-sayuran yang kena makan tu, terus sedih semula kan? Terus fikir, memang aku ditakdirkan tak sembuh-sembuh dari kolesterol jahat ni ke? Aku bakal jadi salah seorang mangsa strok ke? Wuwuwuwu and thought goes on and on. Hihi
Opsss, jangan nak layan sangat perasaan sedih tu. Saya tak habis kongsi lagi ni. Ada some good news untuk orang yang dah battling with cholesterol ni.
PHYTOCOL ST SHAKLEE SEBAGAI SUPPLEMEN
Alhamdulillah Shaklee dah ambik inisiatif and kaji punya kaji, terpaten lah Phytocol ST. Phytocol ST ni lah yang akan bantu membasmi kuman eh bukan kolestrol jahat dalam badan.
Macam mana Phytocol Shaklee boleh bantu kurangkan paras kolesterol dalam badan? Jom kita baca apa kelebihan Phytocol ni.
- Phytocol dirumuskan daripada beberapa jenis fitosterol aslo yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijiran
- Membekalkan 2000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari (Dah tak payah susah-susah makan beratus jenis sayuran dan buahan sehari. Hihi)
- Fitosterol tumbuhan terbukti secara klinikal mampu megurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
- Membekalkan 100% nilai fitosterol harian seperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan kebangsaan
- Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Dengan adanya phytocol ni, takde lah susah-susah kite nak kena makan 2000mg phytosterol setiap hari! Ambik je 2 tablets phytocol. Setel masalah. Hihi
SIAPA YANG KENA BELI PHYTOCOL NI?
Awak-awak yang tengah baca artikel saya ni yang WAJIB beli. Sebab? Anda takkan suka-suka nak google bahaya kolesterol kalau bukan anda sendiri penghidap, keluarga terdekat ataupun kawan-kawan sendiri kan? Kalau bukan anda sekalipun, panjangkan artikel ni dekat yang memerlukan. Hihi semoga bermanfaat.
Untuk sebarang tempahan Phytocol, boleh directly SMS/Whatsapp saya di 013-7230029 dan saya akan berikan konsultasi percuma. Jom sama-sama kita banteras kolesterol yang berlebihan dalam badan tu dan dapatkan hidup yang lebih sihat.
Zaqqeya Amin
SID 1234656
013-7230029
Comments
Post a Comment