8 Makanan Untuk Kecerdasan Otak

Otak yang sihat dan cerdas tak datang dengan sendirinya. Banyak yang perlu dipertimbangkan atau diamalkan sebelum betul-betul memperoleh otak yang tak mudah mengantuk, mudah fokus dan cerdas. Antara yang boleh diamalkan adalah dari segi makanan untuk kecerdasan otak.


Makanan #1 - Bijirin Penuh (wholemeal)



Tak dinafikan otak cumalah satu organ kecik dalam tubuh manusia. Tapi ia adalah antara organ yang menggunakan tenaga yang banyak iaitu sebanyak 20%!

Otak berfungsi untuk mengawal dua benda, mengawal pergerakan yang dirancang - menulis, membaca, berjalan, berdiri dan sebagainya, dan pergerakan yang tidak dirancang - degupan jantung, nadi, aliran darah dan sebagainya.

Oleh itu, pengambilan bijirin penuh adalah penting untuk memastikan otak sentiasa mendapat tenaga yang cukup. Ini adalah kerana proses pembebasan tenaga oleh bijirin penuh ini adalah dalam keadaan yang perlahan dan mampu memberikan tenaga yang lama. 

Vitamin B yang terkandung dalam wholemeal juga mampu memelihata sistem saraf yang nenjadi tunjang bagi mekanisma kerja otak. Apabila otak mendapat tenaga yang cukuo, barulah otak jadi lebih cerdas dan cekap.

Makanan #2 - Omega-3, Omega-6 DHA dan EPA


Pernah tengok iklan susu baby? Betapa setiap iklan tu akan tekan kan tentang kepentingan DHA dan EPA. Kalau pergi supermarket pun, dekat bahagian tin tin susu bayi tu, kemain besar dia print tulisan DHA & EPA tu. Hihi saja lah nak kasi nampak brand dia paling bagus DHA & EPA.

Tahu tak, kekurangan zat ni boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit alzheimer dan boleh jejaskam kapasiti memori! So DHA & EPA ni bukan je diperlukan oleh bebudak, orang tua pon perlu jugak.

Kat mana nak carik DHA & EPA ni? Omega 3 dalam minyak ikan dikatakan dalam bentuk EPA & DHA. Ikan seperti tuna, sardin dan salmon mengandungi Omega 3 yang tinggi serta Omega 6.

Tak hairanlah kenapa orang Jepun pandai-pandai, depa kan suka makan sushi ikan mentah. Hmm.. Lagi yang menarik tentang ikan ni, vitamin B3, B6 dan B12 yang terdapat dalam ikan juga mampu menajamkan fikiran.

Tapi jangan risau, untuk yang bukan penggemar ikan, khasiat ini boleh didapati dari kacang soya, biji labu dan minyak kacang walnut.

Makanan #3 - Telur


Telur merupakan satu sumber protein yang baik yang mengandungi asid amino yang baik untuk otak.

Kuning telur terbukti kaya dengan asetikolina yang boleh membantu menguruskan daya ingatan sehingga sekecil-kecil benda - tempat letak spek mata.

Zat yang terkandung dalam telur juga boleh meningkatkan daya belajar dan kekaburan fikiran serta memelihara kesihatan neuron. Cuma masalah telur ni, kalau diambil secara berlebihan, berbau sikit la badan tu.. hihi

Patut lah orang zaman dulu akan jadikan telur separuh masak sebagai sarapan anak yang nak pergi belajar (saya pon tak terkecuali, Umi memang suka rebuskan telur separuh masak untuk saya dan adik-adik). Tapi sebagai seorang kanak-kanak riang, bau dan rasanya memang tak menarik. Boleh buat muntah lagi ada.

Makanan #4 - Kekacang


Kacang mengandungi tanaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Sebagai contoh badam - badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.

Menurut kajian di International Conference on Alzheimer Disease - kacang walnut yang berbentuk otak mampu meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membantu membaiki koordinator motor pada manusia.

Jadi, untuk menjaga dan memelihara fungsi otak, mulah jadikan kacang sebagai makanan ringan yaa.

Makanan #5 - Sayur-sayuran


Antara fakta yang tak boleh lagi disangkal, sayur-sayuran mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya membantu melindungi otak. Jadi, secara tak langsung, otak akan bebas dari serangan radikal bebas. Otak yang sihat mampu mempengaruhi pembelajaran harian seterusnya menjadikan seseorang lebih cerdas dan bijak.

Makanan #6 - Buah-buahan


Tahu tak, buah-buah dari keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi yang selalu makan beri! Menarik kan? 

Sebabnya, buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang membantu untuk mencegah kerosakan dan membantu memulihkan sel-sel otak.


Makanan #7 - Coklat


Siapa kat sini suka makan coklat? Hihi saya sebagai seorang perempuan pun boleh kata la suka jugak makan coklat. Sedap kot. Hihi.

Rupa-rupanyaa coklat ni mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan saraf baru otak. Secara tak langsung, ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda! Best kan?

Makanan #8 - Suplemen Tambahan Untuk Otak


Mana nak carik ikan salmon, tuna atau sardin yang bebas contamination? Atau kalau ada pon, mampu ke nak telan ikan salmon, tuna atau sardin hari-hari? Kalau saya, jujurnya memang akan muak laa. Hihi

Jadinya, untuk zaman yang banyak pencemaran ni, suplemen bukan lagi sebagai makanan tambahan, tapi dah jadi wajib untuk diambil setiap hari! 

Alhamdulillah, team Shaklee yang best ni dah jalankan kajian demi kajian untuk hasilkan set vitamin otak yang terbaik -

  • OmegaGuard
  • Mealshakes
  • Vita-lea for Children
  • Vita-C chewable
  • Lecithin

Kenapa terbaik? Boleh rujuk entri saya yang lepas untuk perincian terhadap setiap vitamin - Vitamin Otak Untuk Anak Kekal Bijak Dan Cerdas 

BERMINAT?

Terus SMS/whatsapp saya di 013.723.0029 untuk buat sebarang tempahan. Saya sediakan konsultasi sepanjang hayat khusus untuk customer saya.

ZAQQEYA AMIN
SID 1234656
SMS/Whatsapp 013.723.0029



Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat