Rahsia Kekal Bertenaga Semasa Hamil Bersama Shaklee

Berita kehamilan merupakan salah satu berita yang dinanti-nanti oleh pasangan yang telah berkahwin. Siapa yang taknak menimang cahaya mata sendiri kan? Tapi ada wanita yang ragu-ragu untuk hamil setelah dimomokkan dengan kata-kata bahawa pada awal kehamilan, mereka akan menghadapi morning sickness sehingga menyebabkan mereka harus kurangkan semua aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mengandung. Tahu tak apa rahsia untuk kekal bertenaga semasa hamil?

Saya sendiri pun takut bila tiba-tiba dapat double line dekat UPT tu, Mana tak nya, dah lah masih study. Tiba-tiba dapat rezeki anak. Alhamdulillah, tapi serious rasa takut jugak. Takut tak boleh manage masa, takut nanti morning sickness melampau-lampau sampai tak boleh masuk kelas, risau nanti badan penat lemah lesu tak bermaya sampai ponteng kelas. I tak suka yaa macam tu.

Tapi tipu lah kalau saya cakap saya tak suka bila dapat tahu saya mengandung. Hampir-hampir melompat kot bila dapat tahu berita. Nak tahu betapa excitednya saya? Siap beli 5 UPT + clear blue yang mahal tu lagi. Hihi excited nak buat test air kencing. 

Lagi yang saya risaukan macam mana nak manage hidup sebagai student yang memang penat tu. Dengan kelas pack nya, dengan hari-hari kena panjat bukit sebab nak ke kelas. Allah, takut. Tapi alhamdulillah, sepanjang saya hamil, saya tak pernah lagi ponteng kelas sebab penat yang melampau, atau morning sickness yang teruk.

Setiap hari saya masih mampu menapak ke kelas dengan begitu bertenaga dan ceria. Sampaikan kawan-kawan sendiri pelik dengan saya yang terlebih aktif dan bertenaga. Sampaikan ada yang bertanya

"ehh Puzab, kau ni tak pregnant ke? Aktif semacam je aku tengok."

"Puzab, kau ni tak macam orang pregnant lain la, tak penat-penat asyik bercakap je kerjanya."

"Diorang tu lah yang normal, pregnant penat, tak masuk kelas. Kau ni yang tak normal."

Hehe, jujurnya saya sendiri tak perasan dengan tenaga saya yang tak serupa orang hamil tu. Tapi bila fikir-fikir balik saya tahu rahsianya. Nak tahu apa rahsia saya kekal bertenaga sepanjang kehamilan? Jom teruskan bacaan.

So macam biasa, bila ibu mengandung ni, benda yang paling utama sekali ialah pengambilan nutrisi yang cukup. Thats why doktor selalu suruh ibu-ibu telan bermacam jenis vitamin. Pilihan saya ketika mengandung tentulah set hamil Shaklee. Alhamdulillah, dengan set hamil ni lah saya kekal bertenaga dan aktif!

Set Hamil Shaklee

Untuk set hamil Shaklee, ada 5 jenis vitamin wajib yang harus diamalkan oleh ibu mengandung setiap hari.. 

  1. Vita-C
  2. B-complex
  3. Vitalea
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix

1) Sustained Release Vita-C Plus

Tahu tak vitamin C tersangat penting untuk ibu yang sedang hamil? Menurut Dr Zubaidi, pengambilan vitamin C semasa hamil sangatlah bagus.Vitamin C amat diperlukan oleh kedua-dua ibu dan bayi setiap hari. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Ada jajian mengatakan bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.

Selain itu, vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang membantu sekiranya terdapat toksin ketika hamil. Ia boleh meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun.

Bonus pengambilan vitamin C ketika hamil ialah kulit ibu sentiasa nampak berseri dan cerah. Hihi


2) B-Complex


Vitamin kedua yang wajib diambil ialah B-complex. Menariknya b-complex Shaklee ini adalah ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh demi membantu tubuh bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri. B complex juga terkenal dengan vitamin anti stress! So kalau amalkan vitamin ni, ibu-ibu hamil boleh kurangkan stress hihi.


Lagi best, B-Complex ni mengandungi Folic Acid. Pernah dengar tentang risiko kecacatan bayi yang namanya spina bifida? Ini adalah sejenis kecacatan bayi yang mana tulang belakangnya tidak terbentuk dengan sempurna. Justeru, ramai pakar perubatan yang menyarankan ibu-ibu hamil supaya mengambil asid folik yang cukup untuk membantu mengurangkan risiko spina bifida. 
Haa, B-complex Shaklee ni bukan sahaja mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang amat bagus untuk ibu hamil, tetapi juga mengandungi asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran bayi! Mana ada ibu yang nak anaknya cacat kn?

3) Multivitamin Vitalea

Bila disahkan hamil,ibu mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk memastikan janin mendapat bekalan nutrisi yang cukup. Nutrisi inilah yang akan bantu janin tadi membesar dengan sihat dan kuat. Tapi, dengan zaman yang terlampau banyak makanan segera, macam mustahil untuk ibu memastikan janinnya mendapat nutrisi yang cukup. Yelah, nafsu time pregnant ni lain macam sikit. Nampak McD, nak burger, nampak KFC nak ayam goreng pulak, nampak Secret Recipe nak makan kek pulak. Kat mana nak dapat nutrisi-nutrisi seimbang macam dalam piramid makanan tu?

Haaa, kat sinilah Vitalea Shaklee ni membantu. Untuk pengetahuan semua, Vitalea Shaklee ni lengkap dengan 28 vitamin & mineral yang segar, sedap dan istimewa untuk diberikan kepada bayi yang bakal lahir. 

Uniknya Vitalea ni sebab dia pun diperkaya dengan iron atau zat besi (bukan seterika yaa) yang penting dan amat diperlukan oleh orang yang anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Kekurangan iron boleh membuatkan ibu lemah, mudah pitam atau pengsan, HB rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu (patutlah time preganat dulu semua orang cakap muka tak nampak pucat. Thanks Vitalea!)

4) Omega Guard

Siapa kat sini nak anak yang bakal lahir tu bijak pandai cerdik? Takdelah lahir-lahir terus boleh cakap 'hi mom!' Tapi bijak laa bijak hehe.

Omega Guard ni special, dia menyumbangkan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak, mata dan sistem saraf utama baby. Kalau perasan, dekat kotak-kotak susu formula baby tu, perkataan DHA dia print besar-besar! Nak tunjuk yang susu tu bekalkan DHA paling bagus. So nampak tak DHA ni sangat penting even after baby dah lahir pun! Haa best kan best kan! Hihi

5) Ostematrix

Pernah dengar orang tua-tua cakap, "Bedah, minum susu banyak sikit. Nanti baby nak serap kalsium dari kau." Haaa, kenapa agaknya ibu-ibu hamil wajib ambik kalsium yang cukup? Kalsium ni sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Kalau ibu tak ambik supplement kalsium yang cukup, bayi akan sedut dan serap semua kalsium yang ada dalam tulang belulang ibu. Haa tu yang mula sakit-sakit belakang lah, kejang kaki lah. Sebab tak cukup kalsium. 
Ostematrix ni pun ada magnesium tw. Magnesium ni boleh bantu ibu-ibu untuk dapatkan tidur yang lena di malam hari supaya esok pagi bangun cergas dan kuat! Hihi.


So inilah lima vitamin yang saya amalkan sejak dari mula mengandung sampailah melahirkan. Ini lah lima vitamin yang bekalkan saya tenaga untuk pergi kelas hari-hari, stay up late at night untuk siapkan assignment, kekal bertenaga untuk buat presentation dalam kelas, dan paling penting, untuk sentiasa ceria menjalani hari-hari sebagai pelajar dekat uni. Hihi

Nah saya kongsikan video ibu-ibu yang dah rasa kesan Set Hamil Shaklee ni. Hihi

"Puasa semasa hamil tak semestinya lembik lunyai"




Ibu Hamil Kuat boleh naik flight dan panjat Candi Borobudur! Fuyoooo!


Hihi, sekarang mengandung bukan lagi alasan untuk jadi lemah penat dan tak bermaya ya. Dengan set hamil Shaklee, insyALLAH kita boleh kekal bertenaga macam orang biasa. 

Mommies nak cuba set ni? Boleh direct SMS/Whatsapp saya di 013-7230029 atau kalau nak buat belian online, boleh tekan image dibawah dan ikut setiap step sampailah step terakhir. Nanti Shaklee sendiri yang akan hantar set sampai ke rumah mommies.

Lepas dah dapat vitamin, boleh contact saya untuk consultation dan cara untuk ambil vitamin-vitamin tu :)


Zaqqeya Amin
Shaklee Independent Distributor 1234656
013.723.0029


Comments

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead Dengan Cepat dan Pantas!

Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil Secara Tradisional

6 Makanan Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat