8 Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Ubat Kurus!
Saya yakin, ramai yang berhajat untuk diet tapi terkandas di tengah-tengah jalan disebabkan diet yang tak menampakkan progres. Sayangkan, niat untuk diet tu dah ada, tapi tak kesampaian sebab cara yang salah.
Sebabkan nak nampak result yang cepat, mereka sanggup beli ubat nak kurus. Tapi, lain pulak yanng jadi. Beli ubat untuk kurus, tapi terlampau banyak kesan sampingan. Pening kepala, berat badan naik mendadak dan macam-macma lagi. Jadi, kat sini saya akan kongsikan beberapa rahsia turun berat badan tanpa ubat kurus! Hihi
Rahsia #1 - Betulkan Mindset
Perkara yang paling penting dalam proses kuruskan berat badan ialah mindset. Mindset tu kena betul. Once dah set kan nak turun 20kg contohnya, make sure buat sampai jadi. Bukannya harini mindset nak turunkan 20kg tapi esok pagi dah melantak Roti Canai, Nasi Lemak, Kopi O. Macam mana nak capai target kalau macam tu. Hihi.
Lagi, kalau dah tetapkan nak mula diet minggu depan, bila sampai masanya jangan tunda-tunda lagi dah. Mulakan diet tu. Awal-awal memang akan susah, tapi percayalah later mesti senang dan mudah. First step is always the hardest kan?
Jangan jadi macam dalam gambar ni yaa, hihi. Dah berkali-kali Isnin pon masih tak mula diet lagi. Determination tu penting. Cariklah apa-apa alasan untuk tetap dengan misi diet tu.
Rahsia #2 - Ketahui Tentang Calories Intake
Orang yang betul-betul ada determination nak diet, mesti kena ada ilmu tentang calories intake. Berapa banyak calories in dan berapa banyak calories out. Rahsia dia, calories in mesti lagi sikit dari calories out.
Bila calories out lagi tinggi dari calories in, barulah ada pembakaran lemak berlaku. Weight loss kata orang. Tapi kalau sebaliknya, tang mana pulak nak weight loss tu kan? Hihi
Rahsia #3 - Makan Sedikit Dan Kerap
Apa beza makan sikit tapi kerap dengan makan sekaligus banyak satu portion? Banyak beza dia. Kalori yang kita dapat dari makanan yang sikit tu kita akn gunakan sebagai tenaga. So takde istilah lebihan makanan tadi jadi lemak sebab semuanya kita dah tukarkan jadi tenaga.
Macam biasa, memang nature manusia ni suka mengunyah. Jadi, bila kurangkan portion makanan tu dan kerapkan makan, secara tak langsung sikap suka mengunyah ni akan dapat dibendung. Takdelah kita makan benda bukan-bukan sebab lapar. Hihi.
Rahsia #4 - Big No No Makan Waktu Malam
Perut ni selalu je rasa lapar tengah-tengah malam kan? No no no, even tengah lapar macam mana pun, makan tengah malam is a big NO. Sebabnya, kita perlukan masa empat jam untuk makanan tadi hadam. Kalau lepas makan kita terus tidur, makanan tadi akan bertukar jadi lemak. Banyak lemak maksudnya berat tak turun tapi bertambah. Taknak kan macam tu?
Waktu paling ideal untuk makan malam adalah sekitar jam 6-8 malam. Sebabnya lepas tu kita masih buat aktiviti kita. So masih ada masa untuk makanan tadi dibakar dari jadi lemak yang menggemukkan.
Rahsia #5 - Gantikan Dengan Makanan Rendah Lemak
Untuk yang nak kurus, benda utama yang perlu diambil kira adalah pengambilan kalori. Untuk mengelakkan kalori yang berlebihan, kita haruslah mengambil makanan yang rendah lemak.
Caranya - elakkan pengambilan makanan yang bergoreng dan banyakkan makanan yang direbus atau dibakar.
Rahsia #6 - Senaman!
Yang ni lah yang paling biasa kita dengar tapi paling susah nak buat. Hihi apa taknya, bukan nature kita tiba-tiba keluar petang untuk jogging atau buat aktiviti riadah yang biasa. Tapi tahu tak, senaman lah antara pembakar lemak yang cepat.
Untuk permulaan, tak perlu lah bersenam setiap hari. Selang sehari pun dah kira okay. Bila dah terbiasa dengan aktiviti senaman ni, baru naikkan jadi setiap hari. Kalau rasa bersenam seorang agak susah, boleh ajak kawan atau keluarga untuk sama-sama bersenam. Hihi.
Rahsia #7 - Jangan Skip Sarapan
Sarapan merupakan antara waktu makan yang penting. Perasan tak, kalau kita skip makan pagi, lagi banyak benda yang kita nak makan time lunch. Sebabnya, perut kosong dan perasaan lapar yang teramat sangat membuatkan lagi tinggi kemungkinan kita akan makan banyak. Haa, so rahsia nak cepat kurus #7 - JANGAN SKIP BREAKFAST ya.
Rahsia #8 - Amalkan Suplemen Sampingan Untuk Bantu Percepatkan Proses
Rahsia #8 mestilah berkisar tentang suplemen yang sesuai untuk bantu proses diet ni. Ada orang, diet dah beriya, tapi susah sangat nak turun even sekilo pon. Kenapa agak-agaknya yaa..
Antara perkara penting yang perlu di ambil kira dalam proses diet adalah detoks. Detoks ni yang akan buang semua benda-benda dalam usus untuk memastikan penyerapan nutrisi yang optimum. Sebab tu kadang-kadang, orang yang makan sikit dengan niat nak turun berat badan mesti akan cepat rasa lapar. So sebelum mula berdiet, yang paling penting ialah detoks dulu yaa.
Shaklee berpegang pada prinsip 3B iaitu - Bakar, Buang dan Bina.
Saya kongsikan suplemen cadangan untuk menjayakan misi kurus semua yaa..
Bakar
1) Lecithin
2) Omega Guard
Buang
1) Herb Lax
2) Alfalfa Complex
3) DTX Complex
Bina
1) Cinch Mix Shake
2) Energizing Soy Protein
Perincian lanjut tentang produk-produk ni boleh baca di entri saya sebelum ni - Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Slimming Set Shaklee
TESTIMONI SLIMMING SET SHAKLEE
Testimoni #1
Testimoni #2
Testimoni #3
Testimoni #4
Testimoni #5
Testimoni #6
Untuk sebarang nasihat tentang produk yang sesuai diambil, boleh terus whatsapp saya di 013-7230029 ya
Comments
Post a Comment